Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memperlihatkan kelakuan sekumpulan individu yang bersilat di perkarangan Masjid Nabawi sekaligus mencetus kecaman pengguna maya.

Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apakah hukum melakukan aksi pertahanan diri di tempat suci itu. Kita sudah diajar untuk menjaga perlakuan apabila berada di masjid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Susulan itu, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, meminta orang ramai untuk tidak mengecam tindakan tiga individu yang bersilat di perkarangan Masjid Nabawi dalam video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut beliau, masjid bukan terhad untuk tujuan ibadah solat sahaja, namun ia juga boleh jadi sebagai pusat komuniti yang boleh digunakan untuk pelbagai acara termasuk sukan dan pendidikan.

Beliau berkata, pada zaman berkenaan bukan sahaja dalam masjid dan pekarangan tetapi di tepi masjid turut digunakan untuk berlatih memanah bagi pertahankan diri ketika perang. Ini juga sejajar dengan sejarah Masjid Nabawi, di mana perwakilan dari dalam dan luar negara bertemu Nabi di situ.

“Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat di pekarangan masjid. Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara.

“Jadi, ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda.

“Mungkin dia hendak berlatih persembahan silat atau membawa budaya dan adat Melayu ke sana kerana lengkap berpakaian silat seperti pendekar. Kita tidak tahu niat dia.

“Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalabi undang-undang”, katanya secara lanjut.

Secara keseluruhan, beliau melihat perkara ini dari sudut positif dan menggangapnya sebagai peluang untuk mempromosikan budaya dan adat melayu.