Insiden buli bukan sahaja berlaku di dalam kawasan tertutup, tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan terbuka dan boleh dilihat orang awam.
Antaranya adalah buli jalanan yang kerap berlaku ke atas pengguna jalan raya. Ia melibatkan tingkah laku agresif secara fizikal, verbal, atau psikologi.

Baca Juga:
- Kisah Cristiano Ronaldo Bangkit Daripada Mangsa Buli Kepada Pemenang 5 Ballon D’Or
- Ini Apa Yang Perlu Mangsa Lakukan Selepas Dibuli
- Terus Berdiam Walau Sakit, 10 Sebab Mangsa Buli Susah ‘Buka Mulut’
Kejadian buli jalanan boleh berlaku bukan sahaja kepada orang awam, bahkan ia juga terjadi kepada VIP.
Buli jalanan bukan sekadar masalah sosial biasa, tetapi juga berpunca daripada faktor psikologi yang kompleks.

Faktor-faktor psikologi pembuli buat buli jalanan
Berikut adalah beberapa faktor utama yang mendorong pembuli jalanan berbuat kekerasan ke atas ‘mangsanya’.
- Kuasa dan dominasi
Pembuli sering kali mahu menunjukkan kuasa atau dominasi mereka terhadap orang lain.
- Pengaruh persekitaran
Persekitaran memainkan peranan besar dalam membentuk tingkah laku seseorang. Jika seseorang membesar dalam suasana yang penuh dengan keganasan atau buli, mereka mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang normal. - Kurang empati
Sesetengah individu mempunyai tahap empati yang rendah, menyebabkan mereka tidak memahami atau peduli tentang kesakitan dan ketakutan yang dialami oleh mangsa mereka. - Faktor sosial dan budaya
Masyarakat yang mengagungkan sifat dominan dan kekuatan fizikal boleh menyuburkan budaya buli. Kadangkala, pembuli merasakan tindakan mereka diterima
- Masalah Diri dan Emosi
Stres, tekanan hidup, dan gangguan mental seperti gangguan keperibadian antisosial boleh menjadi punca seseorang bertindak sebagai pembuli jalanan.
Langkah pencegahan buli jalanan

Kesedaran masyarakat memainkan peranan penting dalam membanteras buli jalanan. Tanpa pemahaman yang mendalam, masyarakat cenderung mengabaikan atau menganggap perkara itu sebagai perkara biasa.
Oleh itu, kempen anti-buli dan program pendidikan perlu diperkenalkan bagi mengubah persepsi masyarakat serta membentuk sikap yang lebih bertanggungjawab dalam menangani isu ini.
Sementara itu penguatkuasaan undang-undang yang tegas adalah elemen penting dalam membanteras budaya buruk tersebut.
Langkah-langkah undang-undang perlu diperketatkan bagi memastikan pelaku menerima hukuman setimpal dan masyarakat lebih dilindungi.

Memahami psikologi pembuli jalanan penting dalam usaha membanteras masalah ini. Pendidikan awal tentang empati, kesan buli, serta intervensi psikologi kepada individu yang berisiko boleh membantu mengurangkan kes buli.
Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.
Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuliuntuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.
#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan