Insiden menimpa tiga pemain bola sepak negara terutamanya melibatkan Muhammad Faisal Abdul Halim turut mendapat perhatian Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi badan induk bola sepak negara jiran tersebut, PSSI turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain lincah berusia 26 tahun itu.

Baca Juga:

Malah, para penyokong bola sepak Indonesia turut mendoakan kesejahteraan buat Faisal dan mendoakan agar beliau dapat pulih seperti sediakala.

“Kami turut prihatin terhadap kejadian yang menimpa tiga pemain bola sepak kebangsaan Malaysia.”

“Kembali dengan lebih kuat, Faisal Halim!”

Insiden hitam yang dilalui Faisal Halim bukan sahaja mendapat perhatian PSSI sahaja, malah sebelum ini turut mencuri tumpuan media di Sepanyol dan Korea Selatan.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Faisal disimbah cecair yang dipercayai bahan asid ketika berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Damansara.

Selepas beberapa hari perkembangannya kelihatan cukup menyedihkan, Faisal pada ketika ini semakin menunjukkan perkembangan positif.

Menurut sumber laporan BH Online, pemain lincah itu sudah boleh makan dengan diet lembut dan berada dalam keadaan yang cukup bersemangat.

Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar juga mendedahkan bahawa Faisal tidak sabar untuk bangun dan dan melakukan senaman ringan lazim membabitkan bola sepak.

Laporan dua jam lalu juga mengatakan balutan di seluruh tubuh badannya juga sudah dibuka selepas pembedahan kedua malam tadi.

 

Sumber