Malaysian Football League (MFL) memulakan musim baharu dengan pelancaran bola rasmi Liga Malaysia 2024-2025 iaitu PUMA Orbita MFL 1.
Jenama sukan global PUMA | ACTIVE SPORTS telah menjadi penyedia dan penaja bola perlawanan rasmi dengan teknologi dan reka bentuk terkini untuk semua perlawanan melibatkan pertandingan elit Liga Malaysia selain turut pernah menjadi bola edisi khas sempena saingan 100 tahun TM Piala Malaysia 2021.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- Berpontesi Jadi Mangsa ‘Scam’, Ini Nasihat Peguam Hartanah Buat Pembeli Tanah Lot Tanpa Geran Individu
MFL adalah liga bola sepak pertama di Asia yang menggunakan bola perlawanan rasmi rekaan PUMA menyaksikan ini adalah musim ketiga kerjasama ini terjalin menerusi PUMA MFL Accelerate 21.1 Pro yang digunakan sebagai bola rasmi Liga Malaysia 2022.
Penggunaan PUMA Orbita MFL 1 selaku bola rasmi menjadikan Liga Malaysia turut mengikuti jejak langkah dua liga terkemuka dunia iaitu LaLiga di Sepanyol dan Serie A di Itali selain pertandingan EFL termasuk Sky Bet Championship, League One, League Two, Carabao Cup dan Papa John’s Trophy.
Musim Baharu!
Bola Baharu!!⚽PUMA Orbita MFL 1 sekali lagi menjadi bola rasmi Liga Malaysia 2024-2025 dengan wajah yang baharu! 🤩#LigaMalaysia pic.twitter.com/kMAezKYagV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 5, 2024
Menggabungkan warna ikonik kuning, merah, putih dan biru yang diilhamkan daripada bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang, PUMA ORBITA MFL 1 menampilkan reka bentuk berani dan rekaan grafik yang menarik dengan warna asas putih.
Logo PUMA berwarna kuning terang pula melengkapkan lagi penampilan yang menakjubkan bola rasmi Liga Malaysia 2024-2025.
“PUMA Orbita MFL 1 telah berjaya membantu para pemain untuk memperagakan prestasi terbaik mereka di atas padang sepanjang musim 2023 untuk Liga Malaysia.
“Jadi, memasuki musim ketiga bersama PUMA, saya percaya jalinan kerjasama ini akan terus memberi impak positif selain dengan warna ikonik yang ada pada bola ini melambangkan Jalur Gemilang untuk menyuntik semangat jati diri yang lebih tinggi dalam diri pemain.
“Saya berharap semua kelab dan para pemain akan dapat mempersembahkan aksi yang lebih memberangsangkan menerusi bola rasmi PUMA ini sekali gus melonjakkan lagi mutu kualiti liga kita,” kata Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.
Matlamat PUMA adalah untuk membantu para pemain melakukan aksi memukau di atas padang selain untuk menampilkan persembahan terbaik bersama PUMA Orbita MFL 1 yang turut menggabungkan teknologi terpantas dengan prestasi yang tiada tandingan.
PUMA Orbita MFL 1 juga dihasilkan dengan frekuensi tinggi direka untuk pengekalan bentuk yang luar biasa, ketahanan yang tinggi selain pengurangan penyerapan air.
Konfigurasi 12 panel yang luar biasa memastikan berat yang seimbang dan dapat meningkatkan kstabilan bola selain jahitan yang diperbesarkan dapat meningkatkan lagi aerodinamik untuk trajektori dan kelajuan optimum apabila dilantun atau semasa bola di udara.
PUMA ORBITA MFL 1 direka dengan teknologi terkini dengan ciri-ciri permukaan PU 1.2mm bertekstur 3D bagi meningkatkan ketahanan, melonjakan kepekaan daya lantunan dan kawalan bola yang lebih baik.
Pemilihan ‘rubber bladder’ yang digunakan serta teknologi PAL (Puma Air Lock) memberikan pengekalan udara dan lantunan udara yang lebih tepat sepanjang perlawanan untuk permainan yang mantap dan lancar.
Disahkan pula oleh FIFA Quality Pro, PUMA ORBITA MFL 1 menjamin kualiti kelas pertama dengan prestasi dan ketepatan yang tiada tandingan di atas padang.
Ia adalah pilihan juara-juara yang akan meletakkan Liga Malaysia dalam musim yang lebih cemerlang kali ini.
Bola PUMA Orbita MFL 1 ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS dan kedai PUMA terpilih dengan harga RM599.