Umum mengetahui bahawa terdapat etika pakaian apabila berkunjung ke pejabat kerajaan iaitu orang awam harus berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

Terbaharu, perkongsian seorang lelaki di Facebook yang menunjukkan gambar papan tanda di Pusat Servis Perodua 1 di Semambu, Kuantan menunjukkan etika pemakaian telah meraih perhatian orang ramai.

Baca Juga:

Menerusi gambar terbabit, pusat servis Perodua itu telah mengenakan syarat kepada pelanggan yang datang untuk menghantar kenderaan mereka untuk mematuhi etika pakaian ketika berurusan di pusat servis terbabit.

Perkongsian tersebut telah mengundang pendebatan hebat dalam kalangan netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju untuk mengikuti etika pakaian yang dipamerkam kerana seperti mahu berkunjung ke pejabat kerajaan sedangkan mereka hanya mahu servis kereta.

Malah, para netizen juga sepakat mengatakan bahawa etika pakaian tersebut menyusahkan mereka terutama sekali mereka yang tidak mempunyai pakaian seperti ditunjukkan.

Menurut laporan, pengurus perkhidmatan pusat servis itu berkata mereka menurunkan notis itu selepas ia tular bagi mengelakkan salah faham.

Malah, notis etika pakaian itu hanya berbentuk galakan dan tidak diwajibkan. Selepas ini, pusat servis itu akan terus memberikan perkhidmatan seperti biasa tanpa mengambil kira pakaian pelanggan mereka.