Seorang lagi rakan kepada Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan pelakon itu yang dituduh hisap vape.

Semalam The Vocket melaporkan pengurus peribadi kepada Puteri Sarah dipanggil Acu, menyatakan bahawa vape itu miliknya bukan milik PSL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu Acu meminta maaf kerana dia tak sengaja terbagi vape kepada Sarah yang ketika itu menurutnya sedang membebel di hadapan kamera secara langsung.

Pengurus Peribadi Minta Maaf, Kerana Terbagi Puteri Liyana Vape

Acu dan Sarah menjelaskan bahawa vape yang dihisap mereka sebenarnya tiada nikotin. Ianya dibeli di Jakarta dan cuma ada perisa sahaja.

Terbaru, rakan baik Puteri Sarah iaitu Linda telah tampil menegaskan bahawa aktres itu sebagai wanita yang baik dan bukan seorang penghisap vape atau rokok.

Linda yakin bahawa apa yang berlaku hanyalah gurauan antara Acu dan Sarah yang seringkali menyakat antara satu sama lain.

Dan Puteri Sarah hanya main main menghisap vape yang sebenarnya milik Acu.

“Saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sebagai seorang kakak, dah tentunya, jika adik dia buat perkara yang tidak betul.

“Jika perkara itu saya rasa saya patut tegur dia, marah dia, saya akan buat. Sama juga dengan Sarah. Di mana Sarah pun selalu marah saya sebenarnya, sebab saya ni jenis orang yang lembut hati, jenis cepat emo dan cepat sedih.

“Dia tak suka tengok semua itu kerana dia seorang wanita yang kuat.

“Sepanjang saya berkawan dengan Sarah, sepanjang saya pergi out station, bercuti, pergi Jakarta, pergi hotel, pergi mana manalah, pergi umrah selama 12 hari hari tu, sebelum tu pergi 13 hari.  Tahun tahun sebelum ini kita berdua memang banyak meluangkan masa bersama.

“Saya tak pernah nampak pun dia hisap vape sebenarnya. Dan kalau yang tadi yang dekat live tadi tu, itu vape Acu punya. Yang warna kuning tu memang Acu yang punya.

“Itu mungkin benda yang main main, tak tahulah kan, mereka sekadar bergurau senda, mereka kan bengong bengong sikit, bergurau gurau sikit.

“Semua benda tu tak betul, tak payahnya kecoh, tak ada percaya cakap saya, tak ada. Jangan kita besarkan lagi isu ini. Selama kak Linda bersama dengan Sarah tak pernah lagi la saya nampak dia pegang atau hisap vape. Memang tak ada.

“Sebab dah lama dan akak berkawan dengan dia, bukan setahun, tetapi dan lima atau enam tahun dah. Lebih daripada tu dah.

“Lagipun kita boleh main main je benda macam tu, tak ada yang serius pun sebenarnya, sekadar gurauan. Dan Acu tu pun, memang kak Linda selalu tegur dia agar tidak hisap rokok. Acu pun bukannya muda lagi kan.

“Untuk Acu berhenti hisap rokok, dia pun cuba hisap vape pula. Orang yang nak berhenti merokok kan selalu beli vape. Jadi Acu pun gunalah vape, sejak dari tahun lepas lagi dia tukar rokok kepada vape.

“Jadi, kak Linda kenal sangat vape yang kuning tu memang Acu punya. Jadi yang berlaku tadi tu, mereka cuma bermain main, bergurau macam tu lah.

@_norainibasre_

Membalas kepada @nita4001 #lumier #andiarsyil #cleansingbalm #binafshasweet #beritatiktok #norainibasreshop #norainibasre #puterisarahliyana #gossip

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre