Berita Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi menggemparkan politik negara.
Pelbagai teori dan tohmahan yang dilontarkan ke atasnya berhubung keputusan yang dibuat tersebut.
Baca Juga:
- Rafizi Letak Jawatan Menteri Ekonomi

- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli Kini Bergelar Datuk Seri

- ‘Daripada Terbiar, Baik Usahakan’ – Rafizi Ramli Kongsi Hasil Ladang Cili Bawah Pencawang TNB

Dalam Live Podcast (Yang Berhenti Menteri) yang disiarkan menerusi akaun Facebook Rafizi Ramli menjelaskan sebab beliau berbuat sedemikian.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendirilah yang hilang keyakinan kepada beliau sebagai orang nombor dua parti dan menteri ekonomi.

“Apabila Nurul Izzah (Anwar) bertanding, ia mendapat restu presiden dan perdana menteri. Bila (sudah ada) restu presiden itu, isyarat jelas bahawa presiden sudah hilang keyakinan kepada saya dan sebagai menteri ekonomi.
“Bila sudah hilang kepercayaan daripada perdana menteri dan mandat daripada parti (kekalahan dalam pemilihan), akhirnya kalau saya memilih kekal, saya akan jadi ‘lame duck minister’.
“Menteri yang sudah hilang keyakinan dari perdana menteri dan (jawatan) menteri ini, kalau saya nak buat kerja, dia akan heret kementerian saya sekali,” jelas beliau.
Serangan peribadi untuk buang Rafizi

Tambahnya lagi, untuk ‘mengeluarkan’ Rafizi daripada jawatan yang dipegang, isu ‘merajuk’ digembar-gemburkan oleh pihak tertentu.
“(Dakwaan) merajuk kepada saya ini pelik jugaklah. Merajuk kalau tengok kepada makna, iaitu kalau tak dapat sesuatu. Kes saya lain, saya memang menteri dan saya tak mahu sesuatu.
“Saya tak mahu menteri itu, dia tak timbul soal merajuk kerana akhirnya dia kembali soal prinsip. Merajuk ini, letak jawatan ia mesti bersandar kepada isu lebih besar.
“Kita mahukan pimpinan negara yang ada dalam Kabinet itu mesti bebas menyatakan pandangan. (Kononnya) bila pujuk saya akan balik.
“Balik itu, saya kekal dalam kerajaan, secara tersiratnya bersyarat, tutup mulut diam-diam, sebab kamu menteri yang tak ada mandat,” katanya.
Rafizi berharap semua para pendengar podcast tersebut untuk mengikut rapat apa yang beliau akan buat untuk menyumbang kepada negara selepas ini menerusi perkongsiannya di media media sosial.