Masih berbaki 15 hari lagi untuk puasa, mesti ada daripada anda sudah mula membuat persiapan raya terutama sekali anda yang suka buat kuih raya sendiri.

Apa kata untuk perayaan Aidilfitri kali ini, anda buat cornflakes madu tanpa bakar. Sudahlah mudah, memang antara kuih raya favourite ramai. Jom ikuti perkongsian resipi oleh pengguna TikTok @rosienunaa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@rosienunaa

Replying to @nnnn.ftnizzti🌛✨ kita jumpa resepi ni kat google harap membantu siapa2 yg nak buat tanpa oven 😚 #cornflakesmadu #biskutraya #cornflakesmadutanpabakar

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Bahan-bahan diperlukan:

Cornflakes, madu, butter, gula dan susu pekat.

Cara-cara membuat cornflakes madu:

1. Masukkan 125g butter, 3 sudu besar gula, 3 sudu besar susu pekat dan 3 sudu besar madu dalam kuali, lalu cairkan kesemuanya.
2. Kemudian, masukkan setengah kotak cornflakes ke dalam campuran yang dicairkan dan gaul rata.
3. Selepas itu, masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam cawan kertas.
4. Masukkan cornflakes yang telah siap dimasukkan dalam cawan kertas ke dalam peti sejuk dalam 10 hingga 15 minit. Siap!

Mudah sahaja nak buat cornflakes madu tanpa bakar ini, bukan? Memang sesuai untuk anda yang tidak mempunyai oven di rumah.

Video resipi ini telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 56 ribu tanda suka. Tunggu apa lagi, bolehlah beli bahan dan cuba resipi ini.