Jurgen Klopp mungkin sudah merasai pelbagai kejayaan manis sewaktu membimbing kelab English Premier League (EPL), Liverpool sejak tahun 2015 hingga 2024.

Semua itu sudah menjadi kenangan manis buatnya dan kini beliau memainkan peranan selaku Ketua Bola Sepak Global buat kumpulan Red Bull.

Baca Juga:

Kumpulan Red Bull mempunyai rangkaian bersama empat pasukan yang beraksi di liga utama negara masing-masing seperti RB Leipzig (Jerman), Red Bull Salzburg (Austria), New York Red Bulls (Amerika Syarikat) dan Red Bull Bragantino (Brazil).

Klopp
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Wolverhampton Wanderers – Anfield, Liverpool, Britain – May 19, 2024 Liverpool manager Juergen Klopp reacts as he gives a speech after his last match as Liverpool manager REUTERS/Phil Noble

Walaupun sudah memainkan peranan baharu dalam kariernya, seorang rakan karib Klopp yang pernah beraksi bersamanya ketika di Mainz 05, Miroslav Tangja mendedahkan impian Klopp.

Impian tersebut menjurus kepada keinginannya dalam membimbing dua pasukan ini sebelum memilih untuk bersara.

Pasukan Impian Klopp

“Apa yang Klopp beritahu saya ketika dia meninggalkan Liverpool ialah dia ada dua impian: untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dan Real Madrid.”

“Saya tak pasti sama ada salah satu daripadanya akan menjadi kenyataan,” ujar Tangja menurut sumber laporan Goal.

Klopp
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – Leicester City v Liverpool – King Power Stadium, Leicester, Britain – May 15, 2023 Liverpool manager Juergen Klopp celebrate after the match REUTERS/Carl Recine

“Dia sememangnya salah satu calon untuk jawatan di Real Madrid, tetapi buat masa ini, semuanya masih sekadar spekulasi.”

“Saya juga tahu bahawa dia tak pernah melihat dirinya melatih mana-mana pasukan lain di England selain Liverpool. Dia tak berminat untuk ke Serie A atau Perancis.”

“Dan saya rasa, pada satu ketika nanti, dia akan menjadi jurulatih Jerman,” tambah beliau lagi.

 

Sumber