Kuala Lumpur, Malaysia, berada di senarai ke-4 di Asia Tenggara dan ke-169 dunia dalam Indeks Traffik terkini 2023 dengan rekod sebanyak 16 minit dan 50 saat setiap 10 kilometer.

Malaysia turut berkongsi kedudukan yang sama dengan Singapura dalam kadar kesesakan lalu lintas.

Baca Juga:

Kedudukan pertama bagi kesesakatan lalu lintas paling buruk di Asia Tenggara adalah Manila yang terletak di dada kota Filipina dengan kebanyakan rakyat mereka perlu membuang masa hampir 30 minit untuk setiap 10 kilometer.

Manakala di kedudukan ke-2 pula sudah tentu negara serumpun kita iaitu kota besar Jakarta, Indonesia yang mencatat sekurang-kurangnya 23 minit dan 20 saat setiap 10 kilometer,

Bangkok pula melengkapkan senarai lima lima teratas negara Asia Tenggara yang mempunyai masalah kesesakan lalu lintas dengan berada dikedudukan ke-3 dengan rekod 21 minit dan 40 saat.