Ramai rakyat Malaysia mula berpindah ke luar negara, terutamanya Australia. Menurut Free Malaysia Today, melalui data yang dikongsi oleh Statista, difahamkan bahawa 4,890 rakyat Malaysia sudah mula berpindah ke Australia sejak tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun sebelumnya, apabila kira-kira 2,930 rakyat Malaysia membuat langkah yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Salah seorang rakyat Malaysia, Shahrin S yang bekerja sebagai pegawai IT berpindah ke sana berkata pelbagai faktor bermula daripada ketersediaan peluang ekonomi yang lebih baik dan kestabilan politik negara kepada kualiti hidup yang lebih tinggi.

Beliau yang kini tinggal di Australia Selatan menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan berhijrah ke sana pada masa hadapan, untuk lari daripada rasuah, ketidakstabilan politik dan ketegangan kaum di negara asal.

Tambah beliau lagi, Austarlia buat beliau rasa dihargai apabila bayaran cukai digunakan dengan baik dalam membangunkan negara. Selain itu, pemberian biasiswa, pembiayaan dan bantuan kewangan diberikan semata-mata berdasarkan merit dan pencapaian, tanpa mengira latar belakang etnik, bangsa atau agama anda berasal.

Bagi Nicole Yong yang bekerja sebagai pengarah urusan Kitson Migration Advisory, faktor seperti pendidikan, prospek pendapatan yang lebih tinggi dan persekitaran kehidupan yang lebih baik menjadikan Australia sebuah tempat yang sesuai kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata ramai rakyat Malaysia memilih Australia kerana gaji yang ditawarkan lebih baik, terutamanya untuk golongan muda dan para graduan.