Pemain pertahanan negara, Dion Cools sudah mula menyertai sesi latihan bersama kelab baharunya iaitu Cerezo Osaka.

Cools melengkapkan perpindahan ke Cerezo selepas tiga musim beraksi bersama kelab Thailand iaitu Buriram United.

Baca Juga:

Rancangan Pengendali Cerezo Osaka Untuk Dion

Pengendali Cerezo, Arthur Papas mempunyai rancangan tentang bagaimana beliau akan menggunakan Dion.

Cerezo Osaka
Dion Cools

“Saya memilih dia (Dion) bukan sahaja sebagai sebagai bek sayap, tetapi juga sebagai bek tengah atau pemain sayap.

“Dia mempunyai kepantasan. Saya gembira kami dapat mendapatkannya pada usia yang tepat.

“Penting untuk dia diterima oleh pasukan. Dan itu berlaku untuk membiasakan diri dengan bola sepak dan budaya Jepun,” katanya.

Dion sendiri optimis mampu untuk menampilkan prestasi terbaik bersama Cerezo Osaka.

Cerezo Osaka
Dion Cools

“Kami bermain dengan pemain yang benar-benar berkualiti tinggi dan saya rasa kami sedang melakukan latihan berkualiti tinggi.

“Di Buriram kami menentang pasukan J-League dalam ACL. Saya fikir ini akan menjadi peluang yang baik untuk saya menunjukkan apa yang boleh saya lakukan,” katanya.