Kemas kini ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-31 menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah berada di kedudukan terbaik dalam karier mereka.

Naik satu anak tangga, Pearly dan Thinaah kini menghuni ranking kedua dunia untuk merampas kedudukan yang sebelum ini dipegang pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Baca Juga:

Dua lagi pasangan wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan Ong Xin Yee-Carmen Ting turut meraih kedudukan lebih baik.

Ranking Dunia
Pasangan muda sedang meningkat naik, Ong Xin Yee-Carmen Ting kini di ranking dunia ke-33. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Berakhirnya kejohanan Terbuka Jepun dan Terbuka China turut memperlihatkan peningkatan daripada segi ranking dunia pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang berada di kedudukan ketiga.

Malah dua pemain perseorangan utama negara bagi lelaki dan wanita iaitu Leong Jun Hao serta K. Letshanaa juga menunjukkan peningkatan.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan kedudukan selaku beregu utama negara dengan kedudukan kedua ranking dunia manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turun satu anak tangga.

Badminton Malaysia
Kredit Foto: BAY ISMOYO / AFP

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-31, 29 Julai 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao – 24 (+2)

2) Lee Zii Jia – 35 (-2)

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 43 (+1)

3) Justin Hoh – 45

5) Cheam June Wei – 68

6) Kok Jing Hong – 72

7) Eogene Ewe – 78 (+9)

8) Tan Jia Jie – 82 (-1)

9) Ong Zhen Yi – 102 (-1)

10) Lim Ming Hong – 134

Perseorangan Wanita

1) K. Letshanaa – 41 (+1)

2) Goh Jin Wei – 47 (-2)

3) Wong Ling Ching – 73 (+2)

4) S. Kisona – 83 (+1)

5) Siti Zulaikha – 123

6) Loh Zhi Wei – 128

7) Ler Qi Eng – 187 (-1)

8) Oo Shan Zi – 194

9) Ong Xin Yee – 232

10) Ung Yi Xing – 269 (-2)

Beregu Lelaki

1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 4 (-1)

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7

4) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 23 (+2)

5) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 24

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 29 (-1)

7) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 44 (-2)

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 52 (+1)

9) Bryan Jeremy Goonting-Fazriq Mohamad Razif – 60 (+1)

10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 61 (+1)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 2 (+1)

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 20 (+2)

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 33 (+5)

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 98 (-1)

5) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 126

6) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 132

7) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 172 (+1)

8) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 203

9) Low Zi Yu-Dania Sofea – 211

10) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 224

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 3 (+1)

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 8 (-2)

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 16 (-3)

4) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 32 (+2)

5) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 65 (-15)

6) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 85

7) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 94 (+2)

8) Yap Roy King-Valeree Siow – 111 (-22)

9) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 114 (+1)

10) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 127 (-1)