Ranking dunia terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan peningkatan yang dinikmati Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Pearly Tan-M. Thinaah meletakkan dua gandingan itu di kedudukan terbaik sepanjang karier mereka.

Masih segar dengan kejayaan muncul juara Indonesia Masters 2025 pada minggu lalu, Wei Chong-Kai Wun melonjak satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-12.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Pearly dan Thinaah pula naik dua anak tangga untuk menghuni ranking kelima dimana ia turut menyamai pencapaian dikecapi mereka pada Januari 2023.

Selain itu, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King turut mempamerkan peningkatan dengan naik tiga anak tangga bagi menduduki ranking ke-17.

Gandingan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing juga melonjak tinggi dengan naik 18 anak tangga untuk berada di ranking ke-48 pada ketika ini.

Dalam beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berada di kedudukan ke-15 selepas meraih peningkatan tiga anak tangga.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (5 terbaik):

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 7

2) Leong Jun Hao – 27

3) Justin Hoh – 53

4) Cheam June Wei – 55

5) Aidil Sholeh – 82

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 47

2) K. Letshanaa – 55 (+4)

3) S. Kisona – 76

4) Wong Ling Ching – 95

5) Siti Zulaikha – 122

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 5

3) Man Wei Choong-Tee Kai Wun – 12 (+1)

4) Wan Muhammad Arif-Yap Roy King  – 17 (+3)

5) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 26 (-3)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 5 (+2)

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 48 (+18)

3) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 57 (-12)

4) Lee Zhi Xing-Sue Xin Tio – 95 (-3)

5) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 104 (+1)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 3

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 4

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 15 (+3)

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 17

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 34