Tidak banyak perubahan positif dapat dijelmakan senarai 10 pemain terbaik bagi setiap sektor dalam kemas kini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-40.
Ia berikutan barisan pemain utama yang tidak menyertai Terbuka Korea dan prestasi kurang memberangsangkan wakil negara dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.
Baca Juga:
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-39, 23 September 2025)

- Peminat Mahu Rexy Mainaky Dikurniakan Gelaran Datuk Atas Sumbangan Besar Buat Badminton Negara

- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara

Namun masih terdapat peningkatan mendadak dipamerkan wakil negara dalam ranking dunia terbaharu ini melibatkan empat sektor.

Pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei yang mara ke suku akhir Kaohsiung Masters 2025 minggu lalu mencatatkan peningkatan 10 anak tangga untuk berada di ranking dunia ke-71.
Joanne Ng pula melonjak 27 anak tangga untuk menjadi pemain ranking ke-10 terbaik dalam kalangan pemain perseorangan wanita negara.
Beregu wanita menyaksikan ranking dunia Chong Jie Yu-Vanessa Ng naik 26 anak tangga susulan kemaraan mereka ke pusingan 16 Kaohsiung Masters.
Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang terus cemerlang dengan mara ke separuh akhir Kaohsiung Masters berjaya naik sembilan anak tangga untuk berada di kedudukan ke-39.

Ia merupakan pencapaian baik buat pasangan tersebut kerana dua minggu berturut-turut berjaya menempatkan diri mereka dalam ranking dunia terbaik sejak bergandingan pada penghujung Mac lalu.
Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik negara dalam kemas kini baharu ranking dunia BWF pada minggu ke-40:
Ranking Dunia BWF Minggu Ke-40, 30 September 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao – 21 (-1)
2) Justin Hoh – 36 (+1)
3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 40 (-1)
4) Lee Zii Jia – 43 (-2)
5) Cheam June Wei – 71 (+10)
6) Kok Jing Hong – 72 (-4)
7) Tan Jia Jie – 82 (-5)
8) Eogene Ewe – 92 (-2)
9) Lim Ming Hong – 118
10) Ong Zhen Yi – 138
Perseorangan Wanita
1) K. Letshanaa – 38 (-1)
2) Goh Jin Wei – 56 (-1)
3) Wong Ling Ching – 71 (-3)
4) S. Kisona – 81 (-3)
5) Siti Zulaikha – 122 (-1)
6) Loh Zhi Wei – 172 (-4)
7) Oo Shan Zi – 182 (-1)
8) Ler Qi Eng – 194 (+1)
9) Lim Zhi Shin– 201 (+1)
10) Joanne Ng – 265 (+27)
Beregu Lelaki
1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2
2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 3
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 8
4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 20
5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 24 (-1)
6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 30
7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 45 (+2)
8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 47 (-2)
9) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao – 54 (-2)
10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 63 (-2)
Beregu Wanita
1) Pearly Tan-M. Thinaah – 2
2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 19
3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 31 (-1)
4) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 91 (-1)
5) Chong Jie Yu-Vanessa Ng – 121 (+26)
6) Ho Lo Ee-Amanda Yap – 142 (+1)
7) Low Zi Yu-Dania Sofea – 161 (+2)
8) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 173 (-3)
9) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 182 (-3)
10) Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan – 185 (-2)
Beregu Campuran
1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4
2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 8
3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 19 (-1)
4) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 33 (+2)
5) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 39 (+8)
6) Wee Yee Hern-Chan Wen Tse – 68 (-2)
7) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 93 (-1)
8) Yap Ming Too-Lee Yu Shan – 94 (+5)
9) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 108
10) Wee Tse Tern-Clarissa San – 112 (+24)