Kemas kini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-46 menyaksikan, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terus mencatatkan peningkatan cemerlang.

Pasangan yang mula digandingkan pada Mac lalu naik lapan anak tangga untuk berada di kedudukan ke-29 dalam ranking dunia.

Baca Juga:

Ia bukan sahaja merupakan kedudukan terbaik dalam karier pasangan tersebut tetapi mereka juga telah mengambil alih selaku beregu campuran keempat negara bagi mengatasi Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Selain itu, peningkatan ketara yang dapat disaksikan adalah menerusi dua gandingan beregu wanita iaitu Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi dan Chong Jie Yu-Vanessa Ng.

Su Hui-Zhing Yi mencatatkan peningkatan lapan anak tangga untuk berada di ranking dunia ke-76 manakala Jie Yu-Vanessa pula naik sembilan anak tangga bagi menghuni ranking ke-95.

Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di ranking kedua. Kredit Foto: NSTP/EFFENDY RASHID

Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik negara dalam kemas kini baharu ranking dunia BWF pada minggu ke-46:

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-46, 11 November 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao – 22

2) Justin Hoh – 36 (+1)

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 47

4) Lee Zii Jia – 63

5) Cheam June Wei – 74 (+2)

6) Kok Jing Hong – 77 (-6)

7) Eogene Ewe – 92 (-2)

8) Tan Jia Jie – 107 (+1)

9) Lim Ming Hong – 110 (+2)

10) Ong Zhen Yi– 134

Perseorangan Wanita

1) K. Letshanaa – 41 (+1)

2) Goh Jin Wei – 62 (+1)

3) Wong Ling Ching – 63 (+1)

4) S. Kisona – 83 (-3)

5) Siti Zulaikha – 100

6) Lim Zhi Shin– 176

7) Ler Qi Eng – 196 (-4)

8) Joanne Ng – 205 (-3)

9) Oo Shan Zi – 209 (-1)

10) Ashlyn Chee Shanfeng  286 (-1)

Beregu Lelaki

1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 4

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 5

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 19

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 25

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 27 (+1)

7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 37 (-2)

8) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao – 44 (+4)

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 54 (+1)

10) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 57 (-4)

Suku Akhir
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 2

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 22 (-2)

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 34 (-1)

4) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 76 (+8)

5) Chong Jie Yu-Vanessa Ng – 95 (+9)

6) Ho Lo Ee-Amanda Yap – 112 (-2)

7) Low Zi Yu-Dania Sofea – 174 (-3)

8) Gang Min Yee-Tan Zhing Hui – 185 (-2)

9) Noraqilah Maisarah-Nur Aina Maisarah – 188 (-2)

10) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 191 (-1)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 9

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 20

4) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 29 (+8)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 34

6) Wee Yee Hern-Chan Wen Tse – 64

7) Yap Ming Too-Lee Yu Shan – 86 (+2)

8) Liew Xun-Ho Lo Ee – 102

9) Wee Tse Tern-Clarissa San – 103

10) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 108 (+2)