Pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching mencatatkan peningkatan cemerlang dalam Kemas kini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-47.

Susulan kemaraan ke suku akhir Kumamoto Masters Jepun tempoh hari, anak kelahiran Sarawak itu berjaya melonjak 14 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-49 dalam ranking dunia.

Baca Juga:

Keadaan yang membolehkan Ling Ching mengatasi Goh Jin Wei sekali gus menjadi pemain perseorangan kedua negara dibelakang K. Letshanaa.

Pemain perseorangan wanita berusia 18 tahun, Oo Shan Zi turut menunjukkan peningkatan mendadak selepas naik 25 anak tangga.

Dalam sektor yang sama, S Kisona bersama-sama Siti Zulaikha, Lim Zhi Shin, Ler Qi Eng dan Ashlyn Chee Shanfeng juga berjaya memperbaiki kedudukan mereka.

Namun lain pula ceritanya bagi perseorangan lelaki apabila ranking dunia Leong Jun Hao, Justin Hoh, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Cheam June Wei, Lee Zii Jia dan Tan Jia Jie semakin merudum.

Bagaimanapun, Kok Jing Hong naik sembilan anak tangga untuk menghuni ranking dunia ke-68 bagi memintas June Wei dan Zii Jia sebagai pemain perseorangan keempat negara.

Berikut merupakan senarai 10 pemain terbaik negara dalam kemas kini baharu ranking dunia BWF pada minggu ke-47:

Ranking Dunia
Kredit Foto: Cheong Kam Ka / Xinhua via AFP

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-47, 18 November 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao – 28 (-6)

2) Justin Hoh – 37 (-1)

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 48 (-1)

4) Kok Jing Hong – 68 (+9)

5) Cheam June Wei – 77 (-3)

6) Lee Zii Jia – 83 (-20)

7) Eogene Ewe – 92

9) Lim Ming Hong – 109 (+1)

8) Tan Jia Jie – 126 (-19)

10) Ong Zhen Yi– 130 (+4)

Perseorangan Wanita

1) K. Letshanaa – 41

2) Wong Ling Ching – 49 (+14)

3) Goh Jin Wei – 64 (-2)

4) S. Kisona – 80 (+3)

5) Siti Zulaikha – 95 (+5)

6) Lim Zhi Shin– 173 (+3)

7) Oo Shan Zi – 184 (+25)

8) Ler Qi Eng – 187 (+9)

9) Joanne Ng – 207 (-2)

10) Ashlyn Chee Shanfeng  285 (+1)

Beregu Lelaki

1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 4

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 5

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 18 (+1)

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 27 (-2)

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 28 (-1)

7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 34 (+3)

8) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao – 44

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 54

10) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 61 (-4)

Ranking Dunia
Ong Xin Yee-Carmen Ting. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 2

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 23 (-1)

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 33 (+1)

4) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 77 (-1)

5) Chong Jie Yu-Vanessa Ng – 92 (+3)

6) Ho Lo Ee-Amanda Yap – 105 (+7)

7) Gang Min Yee-Tan Zhing Hui – 140 (+45)

8) Low Zi Yu-Dania Sofea – 176 (-2)

9) Noraqilah Maisarah-Nur Aina Maisarah – 189 (-1)

10) Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan – 194 (-1)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 9

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 21 (-1)

4) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 27 (+2)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 36 (-2)

6) Wee Yee Hern-Chan Wen Tse – 63 (+1)

7) Liew Xun-Ho Lo Ee – 87 (+15)

8) Yap Ming Too-Lee Yu Shan – 88 (-2)

9) Wee Tse Tern-Clarissa San – 106 (-3)

10) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 112 (-4)