Reece James berehat sekali lagi untuk pemulihan kecederaan. Pemain itu dibelenggu masalah kecederaan yang kerap sepanjang kariernya setakat ini.
Dan terbaru dia mengalami satu lagi kecederaan hamstring. Dia baru sahaja kembali daripada masalah kecederaan yang sama sebelum ini.

Yang bermakna Reece James akan terlepas aksi Piala Persidangan Eropah menentang Heindenheim. Kemudiannya Chelsea juga sudah pasti akan terlepas khidmat James menentang Aston Villa pada 1 Disember.
Ini kerana Reece James terpaksa berehat lagi. Chelsea dilaporkan akan terus memberikan sokongan kepada kapten mereka itu.
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca sendiri tidak tahu bila pemain itu akan kembali.
Maresca mengesahkan bahawa pemain itu sudah memasuki bilik rawatan sekali lagi untuk menyemak keadaan sebenar status kecederaannya.
Namun Telegraph melaporkan bahawa James boleh sudah dikira tidak akan beraksi untuk baki saingan tahun ini.
Dia dijangka akan kembali sekitar awal Januari tahun hadapan. Kelab tidak akan mendesak pemain itu untuk kembali awal. Dengan James diberikan peluang untuk memastikan dirinya benar benar cergas.
Terdapat juga laporan menyebut bahawa Chelsea mungkin akan mempertimbangkan untuk membeli bek kanan yang baharu jika keadaan Reece James terus tidak meyakinkan.
Reece James merupakan pemain yang sangat berbakat. Namun dia tidak banyak beraksi dalam beberapa musim ini kerana terlalu rapuh dengan kecederaan.
Goal melaporkan bahawa Chelsea malah mungkin akan sedia untuk menjual Reece James.
Sejak musim 2022/23 dia hanya beraksi 30 aksi EPL sahaja.