Beregu lelaki negara Goh V Shem & Tan Wee Kiong berjaya mengalahkan regu dari China, Chai Biao Dan Hong Wei dengan mata 21-18, 12-21, 21-17 dan mara ke perlawanan akhir!
Mereka mengikut jejak langkah regu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang telah mara ke final selepas menumpaskan pasangan dari China, Xu dan Ma dengan mata 21-12, 21-19.
Lagi dua pingat akan dihadiahkan buat negara selepas kita memperolehi pingat perak yang pertama menerusi gandingan Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama.
Sama-sama kita bagi sokongan kepada dua pasangan regu negara. Moga-moga dua butir pingat emas dapat dibawa pulang ke Malaysia dalam dua acara final ini. Malaysia Boleh!
Baca: Regu Campuran Negara Acara Badminton Ke Final Olimpik Rio 2016