Hari ini 6 Januari 2026 merupakan salah satu detik penting dalam industri makanan Malaysia apabila restoran Rembayung milik pempengaruh, Khairul Aming membuka pintu menerima kunjungan para pelanggan.
Tempat letak kereta yang berada di sebelah Rembayung, berhadapan dengan Perodua Kampung Baru juga kini sudah dibuka bagi memudahkan pelanggan meletakkan kenderaan mereka.
Baca Juga:
- ‘Tempahan Rembayung Mula Dibuka 9 Malam Ini’ – Khairul Aming

- ‘Sempit Untuk Kereta Biasa, Kereta Mewah Lagilah’ – Netizen Persoal Saiz ‘Parking’ Sebelah Rembayung

- Netizen Terharu Dan Bangga Lihat Khairul Aming Umum Restoran Pertamanya Bernilai RM4 Juta Di Kampung Baru

Berikut adalah butiran mengenai tempat letak kereta dikenali sebagai ‘Parking Jalan Daud’ yang dikongsikan oleh Threads @syed_muzzamir.
Menurut beliau, tempoh percubaan sedang berlangsung sehingga 12 Januari nanti.
• Lokasi tempat letak kereta ‘Parking Jalan Daud’ boleh dicari menerusi aplikasi Google Maps.
• Pembayaran buat masa ini menerusi QR Pay sahaja. Pembayaran menggunakan TnG, kad debit dan kad kredit dijangka bermula Februari nanti.
• Harga Standard Parking: RM10 untuk 2 jam pertama, kemudian RM4 setiap jam seterusnya. Maksimum RM35 sehari.
• Harga Premium Parking (Berbumbung): Harga Standard Parking + RM15 (satu kali bayaran).
• Harga Flat Rate Parking: RM12 selepas 9 malam hingga 6 pagi.
• Harga Season Parking: Premium Parking berbumbung RM1,200/sebulan, Standard Parking RM800.
• Percuma 10 minit pertama.
• Setiap petak tempat letak kereta mempunyai stopper untuk membolehkan kereta diletakkan lebih dalam bagi memastikan kenderaan di belakang boleh lalu-lalang.
• Terdapat satu tempat letak kereta untuk pemandu OKU.
• Ada 10 tapak tempat letak kereta khas untuk pelanggan Perodua berhampiran pintu belakang berhampiran Homst Kampung Baru.

Menurut Threads @syed_muzzamir akan ada pekerja yang menjaga bagi memastikan kelancaran kawasan tempat kereta tersebut.
Selain Rembayung dan Perodua, tempat letak kereta itu mempunyai pintu belakang yang memudahkan orang ramai pergi Homst Kampung Baru, Nasi Lemak Uncle Bob, Bumbu Babah dan kedai-kedai makan lain yang berhampiran dengannya.