Sebut sahaja KFC pasti anda terbayang keenakkannya rasa rempah ayamnya. Akan tetapi, apa menu lain yang menjadi kegemaran anda di KFC? Pasti kentang putar, bukan?
Mudah sahaja sebenarnya nak masak kentang putar ala KFC ini di rumah. Resipi perkongsian pengguna Facebook Noor Hidayah Hanapi ini pastinya mampu untuk anda lakukan di rumah. Lihat resipi Noor Hidayah di bawah ini:

Bahan-bahannya:
1. 10 biji kentang
2. Butter
3. Susu segar
4. 2 atau 3 batang saderi
5. Serbuk ayam
6. Bawang besar
7. Tepung gandum
8. 2 sudu kicap
9. 2 sudu sos tiram
10. lada hitam
11. Garam
Cara-cara membuat kentang putar:
1. Buang kulit kentang dan rebuskan ia sehingga empuk.
2. Kemudian, tapiskan kentang yang telah empuk tadi.
3. Lalu, letakkan dalam bekas dan masukkan butter.
4. Lenyekkan kentang tersebut bersama butter, dan masukkan susu segar.
5. Blend bahan-bahan tersebut dan siap kentang putar.
Cara-cara membuat kuah:
1. Potong saderi dan rebuskan ia.
2. Campurkan 5 sudu serbuk ayam ke dalam air rebusan.
3. Kemudian, masukkan bawang merah dan rebus sampai layu lalu diketepikan.
4. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum.
5. Kacau sehingga rata dan berwarna keperang-perangan.
6. Kemudian, masukkan air setelah tepung berwarna keperang-perangan.
7. Kacau sehingga sebati dan masukkan kicap dan sos tiram bagi memekatkan kuah.
8. Campurkan kuah tersebut bersama bawang merah dan batang saderi tadi, lalu blendkan ia.
9. Setelah itu, panaskan semula kuah tersebut.
10. Kemudian, masukkan lada hitam ke dalam kuah itu.
Tidak memerlukan bahan yang banyak dan anda kini dapat membuat sendiri dan menikmati kentang putar dengan lebih kepuasan. Selamat mencuba!