Khairul Aming tampil memberikan respon kepada seorang individu yang mengkritik staf Rembayung yang dianggap tidak pandai ambil gambar.

Individu tersebut bengang dan meminta staf Rembayung tersebut agar belajar ilmu menangkap gambar yang betul.

Dia menulis: “Aku paling tak suka orang yang jenis ambil gambar asyik tekan butang kamera tanpa henti [spam].”

“Kalau kau nak tingkatkan kemahiran fotografi, belajar untuk tak tekan butang kamera bila subjek pun tak bergerak.”

rembayung
Foto: Beautifulnara

Khairul Aming mempertahankan stafnya itu dan dia mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Menurut Khairul Aming, memang dia yang sarankan stafnya untuk ambil gambar banyak banyak, supaya nanti pengunjung pilih sendiri mana satu gambar yang mereka mahu simpan.

Selain itu, agak mustahil untuk staf mengambil gambar dengan betul betul cermat kerana terlalu ramai pelanggan dalam masa sehari.

Di mana ramai yang mahu mengambil gambar bersama dengan pempengaruh bidang makanan dan minuman yang terkenal itu, di mana kini dia sudah menjadi usahawan berjaya.

Khairul Aming berkata: “Saya yang suruh staff tangkap banyak banyak so that customers boleh pilih nak gambar mana.

“Ada 800 customers sehari memang kita tak sempat nak snap slowly one by one sebab staff nak kena manage semua customers serentak.”

Khairul Aming

Netizen rata rata berpuas hati dengan penjelasan Khairul Aming. Lagipun Rembayung itu adalah restoran makanan, dan fokus utama operasi mereka adalah menyediakan perkhidmatan menghidangkan makanan dan minuman.