Pada hari semalam ribuan pekerja Malaysia ke Singapura terjejas selepas 100 pemandu bas ulang alik ke negara jiran itu melancarkan mogok, lapor Free Malaysia Today.
Mereka terkandas di beberapa lokasi seperti di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan lokasi hentian bas utama untuk ke Singapura.
Baca Juga:
- ‘Pejuang SGD’ Dijangka Berkurangan Dalam 5 Tahun

- Pejuang SGD Dakwa Kos Sara Hidup Lebih Murah Di Singapura Berbanding Malaysia
‘Pejuang SGD’ mengambil keputusan berjalan kaki sekitar 1.5km merentas Tambak Johor untuk ke Singapura.
@thehibiscusbunny 1-hour long wait for a non-existent Causeway bus from Johor Bahru. Ended up walking all the way to Singapore in 30 minutes.
Kenapa pemandu bas ke Singapura mogok?
Memetik laporan itu lagi, seorang pemandu bas ke Singapura yang mahu dikenali Atoi, 35, mendakwa sekitar 100 pemandu bas ke Singapura nekad mogok bermula 5 pagi lagi.
Mereka berbuat sedemikian kerana tidak puas hati penyelarasan gaji baharu dibuat majikan yang dilihat menganiaya kerana berlaku pengurangan ketara gaji.
“Penyelarasan gaji terbaru yang berkuatkuasa dua bulan lalu kami anggap melampau kerana ia menyebabkan pendapatan kami berkurangan ketara di saat kenaikan kos sara hidup.
“Contohnya, sebelum ini pemandu bas Malaysia ke Singapura diberi gaji antara RM2,800 hingga RM2,900 sebulan, namun penyelaras gaji dibuat menyebabkan kami hanya mendapat gaji tidak sampai RM2,000 sebulan.
“Ini tidak termasuk syarat wajib yang tidak adil ditetapkan iaitu penambahan perjalanan wajib daripada empat kepada lima yang menjejaskan tuntutan lebihan perjalanan selain pemotongan gaji yang tidak jelas,” katanya.