Pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Richard Chin dilaporkan sudah menyertai kem latihan pusat skuad B-23 Tahun negara yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut perkongsian di laman Instagram Story miliknya, Richard dilihat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara pasukan negara menentang Kyrgyzstan baru-baru ini.

Baca Juga:

Richard Chin
Sumber Gambar: Richard Chin

Richard hadir ke stadium bersama dengan pemain skuad B-23 Tahun yang lain seperti Syahir Bashah, Luqman Hakim dan Rahadiazli Rahalim dan beliau dilihat memakai jersi latihan pasukan negara.

Perkara ini sekaligus mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang mana beliau berkata skuad B-23 Tahun negara bakal menerima kehadiran pemain baharu.

Richard Chin bermula dengan skuad B-23 terlebih dahulu dimana pemaij itu perlu membuktikan beliau mempunyai kualiti yang baik dan mampu untuk membantu pasukan muda negara.

Sekiranya semua berjalan lancar, maka tidak mustahil untuk kita menyaksikan pemain yang mencipta nama bersama Charlton Athletic itu menyarung jersi pasukan senior pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, pasukan negara mempamer kebangkitan bergaya apabila berjaya menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

Faisal Halim menjadi wira negara apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan dimana sebelum itu Dion Cools menjaringkan dua gol dan satu lagi jaringan sendiri oleh pemain lawan.

Selepas ini, skuad bimbingan Kim Pan-gon akan turun menentang Chinese Taipei di gelanggang lawan.