Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan pada dagu selepas terkena benang melintang di Lebuhraya SUKE.
Menerusi hantaran bergambar pengguna X.com @MuasRosdi, kejadian itu berlaku pada hari semalam, 13 Mei 2024, jam 6.30 petang.
Baca Juga:
- Individu Didakwa Khianat Letak Tali Tangsi, Leher Pengguna Motosikal Di Lebuhraya SUKE Tercedera
- Gara-Gara Berhenti Elak Wanita ‘Merajuk’ Berdiri Tengah Lebuhraya, Rider Motosikal Besar Maut Rempuh 4×4
- Kesilapan Ejaan Berlaku Semasa Produksi, Papan Tanda Lebuhraya MEX Sudah Diganti
“Dagu aku terkoyak terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai.
“Lepas ini aku rela lalu MRR2 yang sesak itu,” ujar @MuasRosdi.
Hari ni, Isnin 13 Mei 2024 jam 6.30 petang.
Dagu aku terkoyak terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai. pic.twitter.com/ZNvAH1QdwV— as 🇲🇾 (@MuasRosdi) May 13, 2024
Pada masa sama, jari rider itu turut cedera terhiris apabila dia menarik benang yang ‘memotong’ dagunya.
Hantaran itu mengundang rasa bimbang tentang keselamatan penunggang motosikal yang menggunakan lebuhraya itu.
Orang ramai meminta penunggang motosikal terbabit membuat laporan polis supaya siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
Netizen berasa marah kerana ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup berbuat khianat ke atas nyawa pengguna lebuh raya yang tidak bersalah.
Jadi lagi. @mySUKEofficial ambil maklum. Saya dah info IPD Ampang Jaya. Esok pagi ada sesi town hall di IPK Selangor saya bawak isu ni. https://t.co/mtqhCXLDz3
— Altimet.eth (@altimet) May 14, 2024
Dalam pada itu Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad atau YB Altimet, Adun Lembah Jaya mengambil maklum mengenai isu terbabit. Beliau sudah pun memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Beliau juga akan mengusul isu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semasa town hall pada pagi esok.
Individu Didakwa Khianat Letak Tali Tangsi, Leher Pengguna Motosikal Di Lebuhraya SUKE Tercedera
Insiden tersebut bukanlah kali pertama pada lebuhraya SUKE itu, perkara yang sama pernah berlaku pada September tahun lalu.
Mangsa terkena tali tangsi yang diletakkan melintang di tengah-tengah lebuh raya menyebabkan lehernya cedera meninggalkan kesan merah selepas melanggar tali berkenaan.