Cristiano Ronaldo menyatakan bahawa dia tidak mahu duduk di bangku simpanan. Ini termasuk untuk pasukan kebangsaan Portugal.
Banyak persoalan dibangkitkan sama ada Ronaldo sudah harus bersara dari peringkat antarabangsa untuk memberikan peluang kepada pemain lebih muda menggantikan tempatnya di dalam skuad kebangsaan.
Segelintir peminat mengkritik sumbangan Ronaldo dalam Euro yang lalu di mana dia cuma menjaringkan 1 gol sahaja.
Namun pemain itu menyatakan bahawa dia adalah aset utama untuk Portugal. Jadi dia sentiasa melihat dirinya sebagai pemain kesebelasan utama.
“Saya adalah aset utama pasukan. Di dalam fikiran saya, saya sentiasa melihat diri saya sebagai pemain kesebelasan utama.
“Pengurus Roberto Martinez pun berpandangan begitu, di mana saya akan terus menjadi aset utama pasukan kebangsaan,” jelas Ronaldo.
Dia menafikan tentang laporan yang menyatakan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk bersara.
Ronaldo menyatakan: “Itu hanya apa yang media tulis. Apa yang mereka tulis itu telah memberikan saya motivasi untuk datang ke pasukan kebansgaan dan cuba memenangi Liga Negara Negara Eropah sekali lagi, kami pernah memenanginya sebelum ini.”
Sebelum ini pemain berusia 39 tahun itu sudah memberikan bayangan bahawa dia masih mahu bermain dalam satu lagi edisi Piala Dunia yang akan datang.
Dia benar benar yakin akan dapat melakukannya. Berbeza dengan rakan baiknya, Pepe yang sudah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk bersara dari pasukan kebangsaan.