Legenda Manchester United, Roy Keane dengan lantang mengkritik ketua pasukan, Bruno Fernandes dan keseluruhan pemain kelab tersebut dalam kesulitan yang sedang mereka alami pada ketika ini.

Tekanan sedikit reda buat The Red Devils selepas skuad kendalian Ruben Amorim itu menang 3-2 ke atas Ipswich Town pada aksi English Premier League (EPL) 2024/25 awal pagi tadi.

Baca Juga:

Kemenangan yang menyaksikan mereka naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-14 dengan mengumpul 33 mata, berkongsi mata dengan Tottenham tetapi wakil London itu memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Sebagai seorang yang dikenali sebagai ‘kepala angin’ di zaman beliau beraksi, sikap itu dilihat tidak hilang dalam diri Keane meskipun kini bergelar pundit.

Susulan dengan itu, beliau tanpa berselindung mengkritik Bruno Fernandes dan sikap barisan pemain Manchester United.

“Dia (Bruno Fernandes) bukan kapten yang kami harapkan,” tegas Roy Keane menurut sumber laporan Goal.

“Mereka mencatatkan keputusan seri dengan Everton. (Meraikan) seolah-olah mereka telah memenangi piala. Ia sangat pelik.”

“Dan malah para penyokong juga, saya nampak penyokong di stadium dan mereka menyanyikan lagu untuk Bruno. Saya lihat pemain-pemain ini, saya rasa kamu semua ini adalah penyamar.”

“Saya menonton aksi mereka di Everton pada hari Sabtu. Mereka (merujuk kepada penyokong) berpura-pura mengejar pemain.”

“Bakat sahaja tidak cukup. Anda terus kembali kepada bakat, oh bakat, Bruno pemain yang berbakat, tapi bakat sahaja tidak cukup.”

“Anda mahukan seseorang yang berkata, kawan-kawan, adakah kamu bersama saya? Bakat sahaja tidak cukup! Pemain perlu melihat diri mereka sendiri, melihat orang dalam cermin itu,” tambah Roy Keane lagi.

 

Sumber