Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes tanpa berselindung mengakui bahawa skuad pimpinannya masih belum mampu untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25.
Selepas mengharungi tiga perlawanan liga, The Red Devils hanya meraih tiga mata hasil satu kemenangan (1-0 bertemu Fulham) dan dua kekalahan berturut-turut dialami (1-2 menentang Brighton dan 0-3 ke atas Liverpool).
Baca Juga:
- CEO Baharu Man Utd Gariskan Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Jendela Perpindahan
- Laku Keras, Jersi ‘Away’ Manchester United Pecah Rekod Jualan
- Dilabel Antara Pengurus Terbaik Eropah Jadi Sebab Man Utd Kekalkan Erik Ten Hag
Keadaan yang meletakkan Manchester United pada ketika ini di tangga ke-14, ketinggalan enamĀ mata dihadapan dua pasukan tangga teratas iaitu Manchester City dan Liverpool.
Melihatkan kepada perkembangan pasukan, Fernandes yang beraksi sebagai kesebelasan utama pada ketiga-tiga perlawanan tersebut jelas berpijak di bumi nyata berhubung keupayaan pasukan itu untuk bersaing merebut kejuaraan.
“Ya, saya sangat sedar bahawa skuad Manchester United ini belum bersedia untuk memenangi Liga Perdana,” ujar Bruno Fernandes menurut sumber laporan Goal.
“Kami sememangnya berjuang untuk merebut kejuaraan dengan objektif yang kukuh untuk cuba menamatkan saingan di empat teratas, dimana di tempat yang memberi akses kepada saingan Liga Juara-Juara (UCL).”
“Tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki untuk objektif yang lebih besar dan untuk impian saya, iaitu satu hari nanti memenangi kejuaraan ini.”
Anak-anak buah Erik ten Hag itu berpeluang untuk menamatkan rentetan dua kekalahan tersebut apabila bakal berkunjung ke St. Mary’s bagi berhadapan dengan pendatang baharu musim ini, Southampton pada 14 September nanti.