Pengendali baharu Manchester United, Ruben Amorim meletakkan keutamaan buat beliau adalah untuk memulihkan kembali identiti kelab tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa Manchester United perlu cepat ‘memenangi masa’ untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan English Premier League (EPL) 2024/25.

Baca Juga:

Manchester United pada ketika ini menduduki tangga ke-13 selepas mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga keputusan seri dan empat kekalahan.

“Kami tahu bahawa kami memerlukan masa, tetapi kami perlu untuk memenangi masa itu. Untuk memenangi masa adalah dengan memenangi perlawanan.”

“Tetapi perkara paling utama buat saya adalah untuk (memulihkan) identiti pasukan,” ujar Amorim menurut sumber laporan Sky Sports.

“Dari hari pertama kami akan bermula dengan identiti kami. Sudah tentu kami akan membuat persediaan untuk menghadapi perlawanan, tetapi kami akan banyak memberi tumpuan kepada model permainan kami. Cara bermain, cara menekan, butiran kecil ini.”

“Anda tidak boleh 100 peratus pergi kepada setiap butiran itu kerana ia akan mengelirukan pemain. Jadi jika saya perlu mengatakan satu perkara bahawa matlamat utama saya, matlamat pertama saya, adalah berkaitan identiti.”

“Saya tahu pengurus atau ketua jurulatih sangat penting dalam kelab kerana enjin kelab berada di tangan anda. Saya faham itu, tetapi saya mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu.”

“Saya tidak mahu hanya bertanggungjawab. Jadi saya mahu semua orang bersama-sama Ia akan menjadi lebih menyeronokkan dan lebih mudah untuk mencapai matlamat.”

“Sudah lama kita tidak memenangi Liga Perdana. Tetapi jika anda bertanya (saya), Manchester United adalah kelab terbesar di England. Jadi ini adalah sebahagian daripada sejarah, bukan sekarang. Jadi kami perlu menangani perkara itu dan cuba untuk menang lagi.”

“Itu adalah tanggungjawab yang besar. Dan perkara pertama ialah saya sangat berbesar hati berada di sini. Ia satu-satunya pilihan saya kerana saya rasa saya benar-benar merasakan betapa besarnya kelab ini. Dan kemudian saya akan melakukan segala-galanya untuk pasukan,” tambah Amorim lagi.

 

Sumber