Pengurus Manchester United, Ruben Amorim berpendapat skuad kendaliannya berisiko untuk jatuh ke EFL Champiosnhip sekiranya mereka tidak meningkatkan prestasi.
Melihatkan kepada prestasi buruk Manchester United yang sudah tewas lima daripada lapan perlawanan English Premier League (EPL) dibawah bimbingannya, Amorim mengharapkan anak buahnya dapat menjelmakan kejutan untuk mengelakkan sejarah hitam berlaku buat The Red Devils.
Baca Juga:
- Amorim Akui Kedudukannya Dalam Bahaya, Janji Perbaiki Prestasi Manchester United
- Selepas Kalah 0-3, Sidang Media Amorim Terganggu Kerana Bumbung Bocor
- RASMI: Ruben Amorim Sah Bersama Manchester United
Malah pada ketika ini, Manchester United hanya tujuh mata dipisahkan dengan kedudukan ke-18 yang merupakan zon penyingkiran.
“Saya rasa Manchester United [jatuh ke EFL Championship] adalah kemungkinan dan kita perlu jelas dengan penyokong kita,” ujar Ruben Amorim menurut sumber laporan Goal.
“Kita perlu mengubah sesuatu tetapi musim ini akan menjadi sangat sukar bagi semua orang. Ia boleh menjadikan kita lebih kuat dan kita perlu berjuang.”
“Ia sangat sukar. Ini adalah salah satu detik terburuk dalam sejarah kelab kami dan kita perlu menerimanya. Satu lagi kekalahan di hadapan penyokong kami sendiri.”
“Pada masa ini, sangat sukar untuk membalikkan keputusan kerana kita tidak mempunyai banyak masa untuk melatih asas cara permainan yang kita inginkan. Dalam situasi buruk, kita memerlukan asas itu untuk bertahan.”
“Ya, ia juga kesalahan saya. Saya rasa pasukan tidak semakin baik. Terdapat sedikit kekeliruan pada masa ini. Memang memalukan untuk menjadi jurulatih Manchester United dan kalah banyak perlawanan.”
“Tetapi kita perlu menghadapinya dalam saat-saat sukar dalam kehidupan setiap orang,” tambah Amorim lagi.