Seorang lelaki menghadapi detik-detik tidak boleh dilupakan dalam hidupnya apabila berhadapan dengan warga asing yang ceroboh duduk rumah kenalannya secara haram.

Menurut Facebook Srilabu Kedah, pemilik rumah itu tidak pernah menyewakan kepada mana-mana pihak sejak 10 tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Baru ni ada kawan kepada sahabat saya minta tolong jualkan pangsapuri dia di Puchong. Kawan atau pemilik itu tinggal di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

“Jadi, dia suruh saya uruskan jual beli semua. Sebab Puchong dengan Seremban 2 tak jauh sangat, boleh saya tolong uruskan jual beli dari A sampai Z.

“Jadi, pemilik itu pun poskan kunci kepada sahabat aku dan sahabat itu serahkan kunci kepada saya,” katanya menerusi satu hantaran Facebook yang sudah dipadam. Difahamkan hantaran itu dipadam sendiri oleh Facebook.

Apabila beliau menghubungi pemilik rumah, tuan rumah menyatakan dia lebih selesa tinggal di kampung dan telah membiarkan pangsapuri itu ‘kosong’ sejak dibeli lebih 10 tahun lalu.

Apabila sampai di lokasi, alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat warga asing di dalam rumah tersebut.

“Bukan kata saya yang terkejut, pemilik dan kawannya pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Difahamkan warga asing itu tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka.

Pada masa sama warga asing terbabit juga telah ‘menyambung’ air dan elektrik secara haram untuk tinggal di rumah tersebut.

Apabila dimaklumkan perkara itu kepada penyelia warga asing terbabit, iaitu seorang lelaki dipercayai Bangladesh dan memaklumkan mereka sudah lama menetap di rumah berkenaan tanpa membayar sewa dengan tidak tidak diganggu sesiapa.

Lebih mencabar kesabaran, apabila warga asing itu meminta bukti bahawa mereka sedang bercakap dengan pemilik pangsapuri yang sebenar.

Pada penghujung hantaran itu, laporan polis akan dibuat dan satu lagi laporan juga dibuat kepada pihak imigressen berhubung warga asing ceroboh secara haram.