Kemelut kisah rumah tangga Safee Sali terus membelenggu bekas pemain kebangsaan itu. Terbaru, kakak kepada Safee Sali sendiri mengkritik Safee Sali kerana melayan bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip dengan teruk.

Namun tindakan kakaknya itu membuatkan Safee Sali bengang dan menuduh kakaknya seorang yang lebih sudu daripada kuah, dan suka menambah nambahkan cerita.

Baca Juga:

Sambil itu, Safee Sali mengingatkan kakaknya, Normalayati agar tidak campur tangan dalam isu berkaitan rumah tangganya.

Ini berikutan kenyataan daripada Normalayati yang menganggap Fitria paling layak mendapat hak penjagaan anak bukannya adiknya – Safee.

Normalayati akui terkilan kerana tidak dapat meraikan Hari Raya kali ini dengan adik ipar dan anak anak saudaranya.

Dipetik dari BH Online, Normalayati berkata: “Saya percaya dia paling layak untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik berbanding Safee sendiri kerana dia sibuk bekerja.

“Saya juga ada cakap pada Safee, jangan terus fitnah isteri dan pusing fakta. Semoga kemenangan berpihak kepada adik ipar nanti.

“Saya sangat berharap dapat menyambut raya dengan anak-anak kerana sudah dua bulan tidak berjumpa.

“Anak-anak sangat rapat dengan saya. Pada masa sama, saya juga akan berada di sini pada sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.”

Kenyataan kakaknya itu hanya membuatkan Safee Sali geleng kepala. Sambil meminta Normalayati jangan masuk campur hal rumah tangganya.

Dipetik dari Beautifulnara, Safee berkata: “Saya rasa tak perlu orang lain yang tahu berkenaan hal rumah tangga saya, sebab saya yang berada dalam rumah itu bersama dengan bekas isteri.

“Saya yang tidur sebantal dulu dengan bekas isteri, jadi kenapa dia yang ‘lebih sudu daripada kuah’, jadi saya hanya mampu tersenyum dengan tindakan dia.”

Safee Sali menambah dia sentiasa terbuka jika bekas isterinya mahu berjumpa dengan anak anaknya. Dengan syarat, cakap dengan dia elok elok dan cara yang betul.

Kenyataan itu dibuat Safee Sali, susulan dakwaan oleh Fitria yang menyatakan bahawa dia dihalang berjumpa dengan dua orang anak perempuannya sejak Februari lalu. Dan itu membuatkan dia memfailkan terhadap Safee.

Safee Sali Dera Isteri Secara Mental Dan Ceraikannya Guna ‘Voice Note’

Safee Sali turut didakwa telah melafazkan cerai terhadap Fitria menerusi pesanan suara di aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.