Bintang Arsenal dan England, Bukayo Saka mendedahkan rakan sepasukan terbaik pernah bermain bersamanya dan individu tersebut bukanlah Declan Rice atau Harry Kane.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu merupakan produk lepasan akademi Arsenal dan setakat ini telah menjaringkan 76 gol dalam 277 penampilan untuk Arsenal dalam semua pertandingan sejak melakukan debut pada 2018.

Baca Juga:

Saka merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal yang menjuarai Piala FA pada 2020, namun sejak itu, pasukan dari Utara London tersebut masih belum meraih kejuaraan besar lain seperti Liga Juara-Juara atau Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mikel Arteta memulakan kempen domestik mereka dengan cukup positif apabila mereka memasuki tempoh rehat antarabangsa di puncak carta Liga Perdana, mendahului Manchester City di tempat kedua dengan kelebihan empat mata.

Rakan Sepasukan Terbaik Bukayo Saka

Ketika ditanya siapakah pemain terbaik yang pernah bermain bersamanya, Saka mendedahkan individu tersebut ialah pemain tengah berpengaruh, Mesut Ozil.

Pada fasa awalnya bersama Arsenal, Saka berkongsi bilik persalinan dengan bekas pemain skuad kebangsaan Jerman itu.

Ozil menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan yuran perpindahan £42.5 juta dan seterusnya menjaringkan 44 gol dalam 254 perlawanan sambil memenangi empat Piala FA sepanjang tempoh tersebut.

Beliau meninggalkan Arsenal pada Januari 2021 selepas digugurkan daripada skuad Liga Perdana lalu memilih untuk berpindah ke kelab Turki, Fenerbahçe.

“Mungkin Mesut Ozil [pemain terbaik pernah beraksi bersamanya]. Dia seorang pemain yang berkualiti tinggi.”

“Ia memang menyeronokkan, sukar nak digambarkan. Seronok bermain dengannya, seronok melihat dia bermain,” ujar Saka menurut sumber laporan Sport Bible.

Sumber