Siapa sangka hobi maraton drama kegemaran pada waktu lapang kini boleh membuahkan hasil yang sangat lumayan?
Platform penstriman video popular tempatan, Tonton baru sahaja melancarkan program ganjaran terbesar mereka menerusi kempen “Tonton Non Stop, On Top!”.
Bermula 15 Jun sehingga 9 Ogos 2026, hobi penstriman anda berpotensi besar untuk ditukarkan kepada ganjaran hebat.
Fuh, Ada Hadiah Bernilai Lebih RM700,000 Menanti Anda!

Bukan biasa-biasa, kempen ini menawarkan hadiah dengan nilai keseluruhan melebihi RM700,000 hanya dengan mengumpul mata! Bayangkan anda bersantai di sofa menonton televisyen, tapi berpeluang membawa pulang kenderaan idaman baharu. Antara barisan hadiah utama dan premium yang disediakan oleh Tonton termasuklah:
* Sebuah kereta Nissan Kicks e-Power 1.2L VL.
* Sebuah kereta GAC Emkoo 1.5L Turbo.
* Dua buah kereta TQ Wuling Bingo EV.
* 70 unit telefon pintar jenama Oppo.
* 1,120 keping baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.
Macam Mana Nak Kumpul Mata? Senang Je!
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mula mengumpul mata dan merebut posisi dalam carta, bukan? Jangan risau, ekosistem digital Tonton telah direka dengan sangat mudah. Ini tiga langkah atau rahsia untuk anda kumpul mata dengan laju:
1. Strim & Menang: Sebagai syarat utama, anda wajib melanggan pelan *TontonUp* sama ada untuk tempoh 3 bulan atau 12 bulan. Selepas itu, anda hanya perlu menonton drama terpilih dan setiap minit tontonan anda akan automatik ditukarkan kepada mata ganjaran.
2. Kongsi Rezeki Melalui ‘Tonton Subscription Gifts’: Walaupun tontonan harian mempunyai kuota mata, anda sebenarnya boleh mengumpul mata tanpa had dengan cara menghadiahkan langganan Tonton kepada rakan-rakan atau keluarga.
Setiap hadiah langganan 3 bulan akan memberikan anda 100 mata bonus, manakala hadiah langganan 12 bulan pula akan menyumbang sebanyak 400 mata bonus untuk anda.
3. Gunakan Kuasa ‘Turboost’ Pada Hujung Minggu: Ini strategi paling penting untuk anda memotong kedudukan carta peserta lain dengan pantas!

Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, Tonton mengaktifkan sistem Turboost di mana mata anda akan digandakan secara automatik apabila anda menonton kandungan yang terpilih.
Peluang Sentiasa Terbuka, Semua Orang Boleh Menang!
Kalau anda baru nak mula, jangan sesekali rasa ketinggalan kerana sistem kempen ini sangat adil. Tonton mencari seramai 298 pemenang bagi setiap kitaran pusingan dua minggu. Paling menarik, kedudukan carta dan kutipan mata semua peserta akan ditetapkan semula (reset) pada setiap penghujung pusingan dua minggu tersebut.
Peserta yang telah memenangi Hadiah Utama atau menjadi Naib Johan pada pusingan sebelum itu tidak lagi dibenarkan memenangi hadiah utama yang sama pada pusingan seterusnya.
Sistem ini pastinya membuka ruang dan peluang yang sama rata kepada lebih ramai muka baharu untuk bergelar juara!
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar sekarang atau layari terus ke laman web tonton.com.my untuk mendaftar dan melanggan pakej TontonUp. Selamat menonton dan semoga anda berjaya membawa pulang kereta idaman!