Demam perlumbaan Formula 1 sentiasa membawa kemeriahan tersendiri, namun situasi di Malaysia baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Segalanya bermula apabila pencipta kandungan Luke Bala Bailey memuat naik video yang menunjukkan lambakan profil krew pasukan F1 di aplikasi Tinder.

Profil daripada jurutera dan juruteknik pasukan seperti McLaren, Mercedes AMG, Alpine, hingga Sauber kelihatan mencari rakan temu janji untuk hiburan jangka pendek sepanjang berada di sini.

Grup Sembang Dan Misi Memburu Pas Paddock

Pendedahan tersebut dengan pantas menarik perhatian ramai sehingga membongkar taktik sesetengah wanita tempatan.

Menerusi hantaran oleh pengguna Threads bernama cass_laplandandf1, wujud kumpulan sembang khusus dalam kalangan wanita tempatan yang membincangkan ahli pasukan mana yang patut dijadikan sasaran temu janji.

Motif utama mereka bukan sekadar bersosial, malah berharap dapat memperoleh maklumat dalaman serta pas masuk percuma ke kawasan paddock.

Isu ini semakin tular apabila seorang wanita sempat memuat naik gambar makan malam bersama salah seorang krew pasukan F1.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut kemudiannya dipadamkan selepas menyedari tindakannya mula menjadi sebutan dan dihidu ramai.

Didakwa bukan sekadar makan malam, kebiasannya mereka akan membawa wanita-wanita itu untuk ‘berseronok’ selepas pertemuan.

Realiti Paddock Dan Pandangan Peminat Luar Negara

Tindakan itu mendapat maklum balas skeptikal daripada peminat F1 antarabangsa yang menyifatkan harapan mendapat pas percuma menerusi temu janji ringkas sebagai perkara yang mustahil.

Pengguna cass_laplandandf1 menegaskan bahawa kawalan akses ke paddock amat ketat.

“Saya sudah 13 tahun berpasangan dengan ahli pasukan F1 dan hanya pernah dapat masuk dua kali sahaja dengan jumlah masa dua jam. Hubungan singkat tidak mungkin dapat membawa sesiapa rapat dengan paddock,” jelas cass_laplandandf1.

Dalam pada itu, peminat luar negara seperti lishahayes_x turut menjelaskan bahawa fenomena krew F1 menggunakan aplikasi janji temu ini bukanlah perkara asing.

Beliau mendedahkan rakan-rakannya pernah menemui situasi serupa di lokasi perlumbaan lain seperti Miami dan Monaco.

Perkembangan ini membuktikan bahawa walaupun krew F1 terbuka untuk berkenalan sepanjang jadual kembara mereka, syarat keselamatan dan akses ke kawasan paddock kekal sangat ketat serta tidak mudah diberikan begitu sahaja.

Sumber