Penyerang kelahiran Paraguay, Roque Santa Cruz mungkin satu nama yang semakin dilupakan oleh para penyokong bola sepak dunia.

Ketika zaman kegemilangannya, Santa Cruz cemerlang sewaktu menyarung jersi Bayern Munich dan kemudiannya berkelana ke English Premier League (EPL) untuk bersama Blackburn Rovers dan Manchester City.

Baca Juga:

Roque Santa Cruz
Kredit Foto: Club Libertad

Kini pada usia yang bakal mencecah 40 tahun pada 16 Ogos nanti, beliau masih lagi mengerah kudrat untuk beraksi dalam saingan Paraguay Primera Division.

Apa yang lagi penting buat Santa Cruz, sentuhan penyudahnya nyata masih belum hilang sepenuhnya dalam merobek gawang lawan di pentas liga utama.

Beliau yang turut bertindak selaku kapten pendahulu saingan liga, Club Libertad telah menjaringkan dua gol dalam enam penampilan musim ini.

Roque Santa Cruz
Kredit Foto: Club Libertad

Walaupun faktor usia semakin membatasi pergerakan serta aksinya dalam padang, Santa Cruz telah membuat 39 penampilan dengan menjaringkan enam gol serta mencipta dua bantuan jaringan pada musim lalu.

Ini rekod dipegang Santa Cruz

Sehubungan dengan itu, Roque Santa Cruz kini memegang rekod sebagai pemain yang tidak pernah terlepas daripada menjaringkan walau satu gol dalam saingan liga utama bagi 26 musim berturut-turut.

Jaringan pertama dihasilkannya dalam saingan utama adalah pada 1998 ketika menyarung jersi Bayern Munich.

Roque Santa Cruz
Kredit Foto: Club Libertad

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Transfer Markt, beliau telah membuat 797 penampilan dengan menjaringkan 215 gol dan mencipta 60 bantuan jaringan sepanjang kariernya.

Statistik yang membuktikan bahawa pencapaian ini tidak hanya memberikan inspirasi kepada pemain muda, tetapi juga menjadi bukti bahawa semangat juang dan keinginan untuk terus beraksi di tahap tertinggi dalam bola sepak tidak mengenal batas usia.