Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan kelab bola sepak Kedah Darul Aman.
Beliau berkata demikian setelah agensi tersebut menjalankan siasatan terhadap Persatuan Bola Sepan Kedah (KFA) berkaitan isu rasuah baru-baru ini.
Baca Juga:
- Difitnah Di Media Sosial, Baddrol Bakhtiar Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
- Bekas Kelab Pele Dan Neymar Bakal Uji Kekuatan Kedah Darul Aman
- Tiada Sebarang Persetujuan, Kedah Nafi Lawan Santos FC
Menurut Sanusi Md Nor, penaja enggan menaja pasukan kerana ada dakwaan rasuah dalam badan berkenaan sedangkan perkara itu tidak berlaku.
“Saya cadangkan SPRM ambil alih pasukan bola sepak KDA FC sebab mereka pandai sangat, tentu boleh urus pasukan bola dan bayar gaji tertunggak pemain,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Tambah Sanusi, perancangan pasukan untuk membina semula pasukan terjejas kerana siasatan yang dijalankam oleh SPRM.
“Kita buat elok dah, saya ambil alih empat tahun lalu, ketika itu selesai masalah hutang, boleh mula bayar gaji. Tiba-tiba mereka datang kacau macam itu, rosak habis semua rancangan hingga sekarang tak boleh bayar gaji,” tambahnya.
Pemain Kedah dilaporkan tidak menerima gaji sehingga empat bulan dan mereka menggesa agar pembayaran segera dilakukan kerana sudah terhimpit dengan komitmen hidup.
“Isu tak dapat gaji ini memang memberi kesan, macam mana kami nak bagi keluarga kami makan. Saya pun sama macam orang lain, bank sentiasa ‘call’ meminta untuk selesaikan tunggakan yang ada dengan pihak mereka,” kata sumber kepada Harian Metro.
Lebih parah lagi, bukan saja pemain dari skuad utama yang berdepan masalah gaji tetapi pemain dari skuad pembangunan turut menghadapi masalah sama.