Saat ini, program vaksinasi sedang dijalankan dan boleh dikatakan rakyat Malaysia memberikan kerjasama dengan mengambil suntikan vaksin bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Terbaharu, seorang pengguna Instagram Alia Nur Shafira telah berkongsi video bertemu secara tidak sengaja dengan bekas suaminya yang sudah berpisah sejak 3 tahun lalu di sebuah Pusat Pemberian Vaksin.

https://www.instagram.com/p/CRTpNPgF6VI/

Menerusi video tersebut, bekas suaminya masih mengingati maklumat peribadi Alia apabila dia yang bertugas sebagai sukarelawan membantunya mengisi borang pengambilan vaksin di kaunternya.

Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana bekas suaminya masih ingat butiran peribadinya dengan baik.

ppv

ppv2

https://twitter.com/zyxwvutsyap/status/1416249556967165953

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa terharu melihat Alia dan bekas suami yang masih layan antara satu sama lain dengan baik. Malah, rata-rata netizen turut tertanya-tanya mengapa mereka berdua berpisah.

Para netizen turut mendoakan yang terbaik baik Alia dan bekas suaminya. Apa pun, semoga mereka tetap bahagia dengan kehidupan mereka dan juga pilihan yang telah dipilih.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video yang viral pada pautan di bawah ini.

Berdasarkan Kisah Benar, Filem ‘Ayla The Daughter Of War’ Yang Menyayat Hati Ini Jadi Bualan Netizen

Miliki Wajah Yang Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen