Bekas pengurus Chelsea dan Manchester United, Jose Mourinho menegaskan beliau memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jujur dan juga adil.
Mourinho berkata demikian dimana beliau membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Manchester City, Pep Guardiola baru-baru ini.
Baca Juga:
- Pep Guardiola: Mana Ada Pasukan Kekal Konsisten Selama 10 Musim
- Tekanan Melampau, Pep Guardiola Cederakan Diri Sendiri
- Alami 3 Kekalahan Berturut-Turut, Pep Guardiola Fokus Kejar Slot UCL Berbanding Rebut Kejuaraan EPL
Pep berkata beliau memenangi enam gelaran EPL yang mana jauh lebih banyak berbanding jumlah kejuaraan yang dimiliki oleh Mourinho.
🚨 José Mourinho: “Pep Guardiola said something to me yesterday… he won six trophies and I won three, but I won fairly and cleanly”.
“I don't want to win by dealing with 150 lawsuits”.
“If I lost, I want to congratulate my opponent”, says — via @MailSport. pic.twitter.com/kvW5j0DURl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 6, 2024
“Guardiola mengatakan sesuatu tentang saya. Dia memenangi enam trofi dan saya memenangi tiga, tetapi saya menang dengan adil dan bersih.
“Jika saya kalah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada lawan saya kerana dia lebih baik daripada saya. Saya tidak mahu menang dengan menangani 150 kes mahkamah,” katanya.
Jose Mourinho merujuk kepada 115 pertuduhan mengenai penyelewengan kewangan yang dikenakan kepada City oleh EPL. Juara empat kali berturut-turut itu menafikan dakwaan itu, dengan keputusan akan didengar pada lewat 2025.
Pengurus kelahiran Portugal itu mahu kejuaraan yang dimenangi oleh City pada 2017/2018 dilucutkan dan gelaran juara diberikan kepada Manchester United yang menamatkan saingan di tangga kedua pada musim itu.
Pep berada dalam tekanan selepas City hanya mampu mencatat satu kemenangan dalam lapan perlawanan yang dihadapi oleh pasukan itu baru-baru ini.
Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu bertindak mencederakan diri sendiri ekoran tekanan melampau yang dihadapinya.
City turun menentang kelab Belanda iaitu Feyenoord dimana mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 selepas mendahului dengan 3 jaringan.
Ketika sidang media selepas perlawanan, kesan luka jelas boleh dilihat di muka Guardiola dan beliau menjelaskan mengapa perkara itu berlaku.
“Saya mahu mencederakan diri saya. Saya cakar muka menggunakan kuku. Sebab itulah ada luka di muka,” katanya.