Penyanyi dan pengarah filem, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, telah mengemaskini perkembangnya berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.
Menerusi hantaran media sosial penyanyi itu malam tadi, dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan kes tersebut.
Baca Juga:
- ‘Plot Twist’: Kes Kematian Pempengaruh Taiwan Kini Disiasat Sebagai Kes Bunuh, Namewee Akan Ditahan Semula

- Namewee Nafi Dakwaan Penggunaan Dadah Dan Berkaitan Kematian ‘Nurse Goddess’ Influencer Taiwan

- Rapper Namewee Dikaitkan Dengan Kematian Influencer Taiwan dan Isu Dadah

“Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis. Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya yang baru tiba Kuala Lumpur dari Johor Bahru.