Saban hari, ada sahaja helah licik yang dilakukan oleh individu berniat jahat untuk memerangkap mangsa yang naif. Malah, mereka dengan beraninya sanggup menyunting gambar selebriti terkemuka dalam menampakan ia sebagai sahih.
Terkini, tular beberapa hantaran berkaitan promosi Apple Watch palsu yang ditaja oleh seseorang individu dengan menyamar sebagai influencer seperti Khairulaming, Aeril Zafrel dan Aznil Hj Nawawi.
Baca Juga:
- Alami Kerugian RM300, Individu Ini Dedah Taktik Licik ‘Scammer’ Menerusi Airbnb
- Pernah Tipu Peroleh Biasiswa NASA, Azhar Ali Kembali ‘Scam’ Jadi Perdana Fellow Di MITI?
- Rasa Kena ‘Scam’, Selebriti Jepun Batal Rancangan Buka Salon Rambut Di PJ Selepas Labur RM1.89 Juta
Aku jumpa lagi 3 lagi account Facebook.yang guna gambar Khairul aming pic.twitter.com/5B3wDm3SiH
— Bang Enzo (@Bang_kai_) October 9, 2023
Selain aktif di Facebook, iklan ini juga boleh dikesan menerusi platform Instagram. Tidak hanya menggunakan nama terkemuka sahaja, mereka turut menyunting beberapa keping gambar dengan menyertakan imej influencer seperti sudah membelinya di kedai Apple tersebut.
Latar belakang lokasi pula dilihat sama sahaja untuk setiap suntingan gambar terbabit. Malah, mereka mendakwa lokasi kedai itu berada di Pavillion KL yang baru dibuka meskipun ia tidak wujud di situ.
Berdasarkan pemerhatian kami sendiri, suspek sedang mempromosikan sebuah jam pintar bernama GT20 Ultra yang mana mempunyai rekaan yang sama seperti Apple Watch 8. Jam pintar ini sedia dijual pada harga RM109 seunit.
Pautan yang diberi pula akan membawa anda kepada laman palsu yang menyerupai seperti laman pengedar rasmi, Machines. Suspek juga sengaja menambah notifikasi live pembelian palsu oleh selebriti tempatan di samping meletakkan jumlah bilangan unit yang terhad.
Pada ruangan komen pula, terdapat sejumlah mesej daripada bot yang menyatakan bahawa mereka sudah mendapatkan jam pintar yang dibeli menerusi laman tersebut.
Bila scammer punya ads & web pun lagi lawa dari aku. Haha pic.twitter.com/So6SZaxaWt
— Faqimi Fauzi (@faqimifauzi) September 29, 2023
Netizen yang turut mengesan kegiatan penipuan ini juga sudah menyebarkan informasi sebagai peringatan ramai. Tindakan licik ini sememangnya boleh memerangkap sesiapa yang naif berkenaan teknologi.
Sementara itu, akaun @Pelabur_Bijak di X juga mendedahkan tentang sisi gelap e-dagang yang ramai tidak diketahui. Difahamkan si penipu boleh mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit dengan bermodalkan RM10,000 untuk membuat iklan palsu tersebut.
Taktik iklan palsu ini lebih menyakinkan apabila mangsa boleh melakukan pembayaran secara COD di rumah. Sebaik barang tiba di rumah, mangsa akan perlu bayar terlebih dahulu sebelum boleh buka kotak itu.
Dark side of e-commerce
Million ringgit kot dia boleh collect sebenarnya dengan modal iklan dalam 10k ni.
Sebenarnya ni antara salah satu teknik scammer.
Buat orang lagi percaya adalah tak perlu bayar dulu boleh COD.
Dia memang aim orang tak tech savvy mcm mak kita or budak… https://t.co/FT7iQuXWcT
— Pelabur Bijak 🇲🇾 🇵🇸 (@Pelabur_Bijak) October 9, 2023
Selepas itu, mangsa hanya akan menerima kehampaan kerana barangan yang diterima adalah palsu. Sementara si penipu pula meraih keuntungan berlipat kali ganda dengan menawarkan jam pintar tidak berkualiti.
Jadi, kami meminta orang ramai untuk berhati-hati dengan sebarang promosi palsu yang diiklankan menerusi platform media sosial di luar sana. Selain itu, anda juga boleh merujuk profil media sosial influencer terbabit untuk mengetahui kebenarannya.