Kumpulan rock lagenda British, Coldplay, membuat persembahan di Jakarta, Indonesia dan kini tular pelbagai video di mana para peminat menyerbu masuk ke dalam Stadium Gelora Bung Karno untuk menyaksikan persembahan itu.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa tindakan peminat menyerbu masuk adalah kerana mereka tidak dibenarkan masuk selepas membeli tiket daripada individu yang ternyata telah menipu mereka dengan tiket palsu.

Baca Juga:

Menurut pengguna X, TOKO PARMO, pembekal tiket Indonesia bernama Ghisca Debora Aritonang didakwa memperoleh RM4,528,164 (15,000,000,000 Rupiah Indonesia) selepas menjual  100 tiket Coldplay palsu.

Apa yang memburukkan lagi keadaan adalah wang yang dia peroleh hasil daripada menipu orang sudah pun dibawa lari ke Belanda.

“Sumber berkata bahawa wang itu telah dipindahkan ke sebuah bank di Belanda supaya ia tidak boleh dirampas dan tidak boleh dikembalikan,” tambah mereka.

Berdasarkan laporan Tribun Jateng, dia bersama beberapa penipu tiket lain telah ditahan selepas 73 orang melaporkannya kepada polis kerana memalsukan ribuan tiket.

Kami menggesa orang ramai supaya berhati-hati semasa membeli tiket konsert daripada scalper atau mengelakkannya sama sekali supaya tidak terjebak dengan penipuan.