Legenda Manchester United, Peter Schmeichel percaya penjaga gol Senne Lammens masih belum pulih sepenuhnya daripada kesilapan yang dilakukannya ketika aksi Piala Dunia menentang Sepanyol.
Menurut Schmeichel, Lammens seakan-akan kehilangan keyakinan diri selepas kesilapan tersebut membolehkan Mikel Merino menjaringkan gol, sekali gus menyaksikan pasukannya tersingkir daripada kejohanan berkenaan.
Schmeichel merasakan insiden itu mungkin meninggalkan kesan psikologi kepada penjaga gol muda tersebut sehingga menjejaskan prestasinya selepas itu.
“Ketika Piala Dunia, dia masuk sebagai pemain gantian menentang Sepanyol dan melakukan kesilapan. Merino menjaringkan gol dan mereka tersingkir. Saya rasa dia kehilangan keyakinan selepas kesilapan itu dan masih belum benar-benar pulih,” katanya.
Schmeichel turut menjelaskan bahawa seseorang penjaga gol memerlukan sokongan daripada barisan pertahanan ketika sedang melalui tempoh prestasi yang kurang baik.
Namun, menurutnya, Lammens tidak mendapat bantuan secukupnya daripada pemain pertahanan Manchester United. Keadaan itu hanya menjadikan situasi lebih sukar buat penjaga gol berkenaan.
“Sebagai penjaga gol, apabila kamu tidak berada pada prestasi terbaik, kamu memerlukan pemain pertahanan di hadapan untuk membantu. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya dan keadaan itu menjadikan semuanya lebih buruk.
“Hari ini juga bukan hari yang baik buatnya,” tambah Schmeichel.
🚨🎙️Peter Schmeichel on Senne Lammens:
“In the World Cup he came on against Spain and made a mistake. Merino scored and they got knocked out and I feel like he’s lost confidence from that mistake, hasn’t really recovered.
As a goalkeeper, when you’re not on your best form you… pic.twitter.com/JAnnMHNSL6
— Manchester United Forever (@UtdForever7) November 26, 2026