Tahun 2017 sering dianggap sebagai tempoh di mana serangan ransomware mula menjadi isu global yang sangat serius. Namun begitu, tahun-tahun selepasnya menunjukkan peningkatan ketara dalam skala dan kerugian kewangan.

Banyak syarikat terkemuka yang terkesan selepas maklumat sulit atau blueprint penting dikunci dan diperas tebusan wang untuk mendapatkannya semula.

Pada tahun 2023, jumlah pembayaran tebusan dilaporkan mencecah $1 bilion (~RM4.1 bilion) buat pertama kali dalam sejarah.

Sejumlah Kumpulan 'Hacker' Di Dunia Pilih Bersara Awal, Apa Sebabnya?

Memetik dari laman Amanz, dilaporkan bahawa sebahagian daripada kumpulan penggodam ini telah mengumumkan “persaraan” mereka. Langkah ini diambil setelah mereka berjaya mengumpul jutaan ringgit hasil daripada pelbagai serangan digital yang dilakukan.

Ini antara kumpulan hacker yang bersara:-

Sejumlah Kumpulan 'Hacker' Di Dunia Pilih Bersara Awal, Apa Sebabnya?
Sumber Gambar: Cato Networks

Terdapat sejumlah 15 kumpulan yang mahu bersara awal termasuklah APSUS$, Trihash, Yurosh, yaxsh, WyTroZz, N3z0x, Nitroz, TOXIQUEROOT, Prosox, Pertinax, Kurosh, Clown, IntelBroker, Scattered Spider, Yukari dan lain-lain lagi.

Mereaka ini bukanlah calang-calang orangnya kerana dipercayai bertanggungjawab untuk insiden godaman data berskala besar yang menyasarkan syarikat-syarikat gergasi di luar sana seperti Jaguar, Samsung, Nvidia dan banyak lagi.

Hal ini kerana mereka dikatakan telah mengumpul harta berjuta-juta dolar, jumlah yang cukup untuk bersara seumur hidup.

Dengan kekayaan yang telah diperoleh, mereka mendakwa tidak lagi perlu melakukan serangan siber ke atas syarikat atau agensi kerajaan. Oleh itu, mereka telah memutuskan untuk menghentikan operasi jenayah siber mereka buat sementara waktu.

Pendedahan insiden keselamatan atau ketirisan data yang akan datang menggunakan nama kumpulan ini sebenarnya adalah serangan yang telah berlaku sebelum ini, memanfaatkan kelemahan yang belum dilaporkan.

Malah, individu di sebalik kumpulan penggodam ini telah berpecah, dan individu yang ditangkap mungkin akan dibebaskan kelak kerana sukar untuk membuktikan mereka dalang di sebalik insiden-insiden keselamatan siber ini.

Walaupun serangan siber dijangka berkurangan secara mendadak dengan pengumuman ini, ia tidak akan terhenti sepenuhnya.

Dengan semakin banyak sistem digital dan dalam talian digunakan, terdapat banyak lagi individu dan kumpulan berniat jahat yang akan mengambil alih kekosongan ini.

Namun, untuk sementara waktu, pihak berkepentingan dapat menarik nafas lega dan berehat seketika daripada ancaman serangan siber yang bertalu-talu.

Sumber