Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mendedahkan pasukannya mengidam untuk berada di tempat elit seperti yang dikecapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).
Skuad gergasi merah kini memberi fokus untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum mengharungi aksi yang lebih mencabar termasuk saingan di peringkat Asia.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Justeru itu, Nidzam mahu pastikan pasukannya mencapai satu tahap terbaik seperti JDT dan Terengganu dengan menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan.
“Kami ada peluang untuk meningkat, untuk cemerlang. Sudah pasti kami nak ada dekat tempat yang dikatakan elit, contoh JDT, Terengganu. Sudah pasti kami nak ada dekat tempat itu.
“Itu cita-cita kami, sudah pasti kami nak ada dekat (kejohanan) AFC (Konfederasi Bolasepak Asia). Kalau orang kata Selangor ini bersedia atau tidak untuk AFC, persepesi dalam bola sepak macam-macam. Hari pertama saya dilantik juga banyak persepsi.
“Tapi saya tak nak dikurung dengan persepsi begini kerana saya fikir pada saat ini saya cuba mendapatkan keputusan. Kami cuba bermain baik, positif secara berterusan dan minggu ini kami akan berdepan Sri Pahang, minggu depan menentang Terengganu,” katanya dipetik dalam Berita Harian.
📊Kedudukan terkini Liga Super 2024-2025 | LS6#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/RcFi5Btuzn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2024
Berdasarkan prestasi semasa, Selangor masih mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri selepas meraih kemenangan 4-1 ke atas Penang pada sabtu lepas.
Keputusan itu membolehkan mereka kembali merampas kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 12 mata, enam mata di belakang pendahulu, JDT.
Aksi seterusnya ialah berdepan Sri Pahang di Stadium Temerloh pada hari rabu ini dan mereka tekad menamatkan badi kekalahan dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan.