Di sebalik ketegangan yang kian memuncak di Timur Tengah, Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, tampil memberikan peringatan tegas mengenai kedudukan geopolitik negaranya yang sering kali dipandang remeh, namun sebenarnya memegang kunci kelangsungan hidup rantau Asia Timur.

Dalam satu taklimat strategik bersama barisan Kabinet Merah Putih di Istana Kepresidenan hari ini, Prabowo menarik perhatian dunia terhadap peranan krusial laut Indonesia sebagai laluan alternatif dan nadi utama perdagangan global sekiranya Selat Hormuz terjejas akibat konflik.

Kuasa Di Sebalik Laluan Laut

'Selat Hormuz Dijaga Satu Negara, Tapi 70 Peratus Tenaga Dunia Lalu Laut Indonesia!' – Prabowo
Sumber Gambar: https://www.aa.com.tr/

Memetik laporan Kompas.com,Prabowo tidak menafikan bahawa Selat Hormuz merupakan titik panas yang mampu menggegarkan ekonomi dunia.

Namun, beliau menegaskan bahawa signifikansi laut Indonesia merangkumi Selat Melaka, Selat Sunda, dan Selat Makassar adalah setanding, malah lebih kritikal bagi kestabilan tenaga di rantau ini.

“Peperangan di Timur Tengah membuktikan satu Selat Hormuz itu menentukan kelangsungan hidup banyak bangsa, menentukan harga minyak. Yang sekarang kuncinya Hormuz itu dipegang oleh satu negara,” ujar Prabowo dengan nada tegas.

Beliau kemudiannya melontarkan persoalan yang mencabar pemikiran barisan menterinya mengenai sejauh mana rakyat dan pemimpin menyedari nilai strategik tanah air mereka sendiri.

“Sedarkah kita, bahawa 70 peratus keperluan tenaga Asia Timur, 70 peratus tenaga dan 70 peratus perdagangan melalui laut-laut Indonesia? Sedarkah kita bahawa Selat Melaka, Selat Sunda, Selat Makassar, dan lain-lain itu adalah laut Indonesia?”

Indonesia Sebagai ‘Pemain Kunci’ Dunia

Menurut mantan Menteri Pertahanan itu, kedudukan geografi Indonesia bukan sekadar anugerah alam, tetapi merupakan aset diplomasi dan ekonomi yang meletakkan negara itu sebagai pemerhati utama dalam krisis global.

Jika Selat Hormuz tersumbat, mata dunia secara automatik akan tertumpu kepada keberkesanan pengurusan laluan maritim Indonesia.

Prabowo menyifatkan bahawa keupayaan Indonesia mengawal selia selat-selat strategik ini menjadikan kedudukan negara itu sentiasa berada di bawah radar kuasa besar antarabangsa.

“Sedarkah kita betapa pentingnya Indonesia? Betapa kuncinya kedudukan Indonesia? Jadi saudara-saudara, kita harus faham bahawa kita sentiasa menjadi perhatian dunia,” tambahnya lagi.

Persediaan Mendepani Krisis

Ucapan tersebut dilihat sebagai isyarat jelas kepada Kabinet Merah Putih agar lebih proaktif dalam memperkukuhkan kedaulatan maritim dan keselamatan negara.

Di kala harga minyak dunia tidak menentu akibat konflik Timur Tengah, Indonesia perlu bersedia untuk menavigasi kepentingan nasionalnya di tengah-tengah pergolakan kuasa besar.

Pendedahan ini bukan sahaja menyuntik semangat patriotisme, malah “membuka mata” banyak pihak mengenai betapa besarnya pengaruh Indonesia dalam memastikan dapur rumah di Tokyo, Seoul, mahupun Beijing terus berasap.

@kompascom

Presiden Prabowo Subianto menyoroti posisi strategis Indonesia dalam jalur perdagangan dan energi global. Hal ini dia sampaikan saat memberikan taklimat dalam rapat kerja Pemerintah di kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta, Rabu (8/4/2026). Prabowo pun menyinggung soal Selat Hormuz yang kuncinya hanya dipegang oleh satu negara. Serupa dengan itu, Indonesia juga memiliki selat penting dalam perdagangan negara-negara Asia Timur. “Sadarkah kita bahwa 70 persen kebutuhan energinya Asia Timur, 70 persen energi dan 70 persen perdagangan lewat laut-laut Indonesia,” kata Prabowo. Ia menegaskan Selat Malaka, Selat Sunda, dan Selat Makassar adalah bagian dari wilayah Indonesia, jalur yang menjadi kunci bagi Korea, Jepang, Taiwan, Tiongkok, hingga Filipina. Sumber: Youtube/Sekretariat Presiden Kreatif: Nabilla Mutiara Produser: Elizabeth Ayudya Ratna Rininta + Prabowo Peristiwa Cut @156547346911457 ini ya.. quote ya pastikan presisi ya.

♬ original sound – Kompas.com – Kompas.com

Dengan nada penuh visi, taklimat hari ini menutup satu nota penting: Indonesia bukan sekadar penonton di pentas global, tetapi merupakan “pemegang kunci” yang mampu menentukan rentak ekonomi dunia.