Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akhirnya melamar kekasihnya iaitu Georgina Rodriguez selepas sembilan tahun bersama.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Georgina memuat naik gambar yang menunjukkan beliau memakai cincin sambil menulis caption “Saya sudi, di sini dan seluruh kehidupan saya”.

Baca Juga:

Sembilan Tahun Bersama Cristiano Ronaldo

Ronaldo dan Georgina mula bercinta selepas kapten Al-Nassr itu putus dengan kekasihnya sebelum ini iaitu Irina Shayk.

Georgina dan Cristiano bertemu pada 2016 semasa dia bekerja sebagai pembantu jualan di kedai Gucci di Madrid, Sepanyol.

Cristiano Ronaldo

Sejak itu, pasangan itu telah memiliki 3 orangg anak biologikal, Alana Martina yang berusia 8 tahun dan Bella yang berusia 2 tahun.

Selain itu mereka turut membesarkan bersama anak Ronaldo dengan wanita lain iaitu: Cristiano Jr. berusia 14 tahun dan kembar berusia 7 tahun Eva Maria dan Mateo.

Cristiano Ronaldo

Sebelum ini, ketika ditanya mengapa keduanya belum berkahwin meskipun sudah lama bercinta, Cristiano Ronaldo menjelaskan beliau dan Georgina masih belum menemui ‘titik’ untuk berkahwin.

“Saya selalu memberitahunya: ‘Apabila kita mendapat klik itu,’ (maka kami akan berkahwin),”  kata Ronaldo sambil memberi isyarat satu klik dengan jarinya.

Cristiano Ronaldo
Kredit Foto: Al Nassr Saudi Club

“Seperti segala-galanya dalam hidup kami, dan dia tahu apa yang saya cakapkan. Boleh jadi dalam setahun, atau boleh jadi dalam enam bulan, atau boleh jadi dalam sebulan.”