Sementara menunggu penentuan nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu pada hari esok, kini datuk dan nenek pula dilaporkan ditahan oleh pihak polis sebentar tadi.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu ditahan pada jam 2.30 petang di sini.
Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.
Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.
Bagaimanapun, tidak pasti lokasi mereka ditahan.
Laporan sebelum ini, Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) tidak lagi boleh disambung reman sebaliknya hanya boleh dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, pihaknya percaya kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.