Selepas mendapat kejutan dari pihak Istana Negara dengan agihan KFC dan McDonalds sebelum ini, kini petugas media dikejutkan pula dengan kehadiran lori Milo bagi menemani mereka ketika membuat liputan semasa keadaan politik negara.
Sebelum ini, petugas-petugas media ini diberikan hidangan KFC oleh staf istana sebelum Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli untuk mengagihkan Mc Donalds kepada mereka di hadapan perkarangan istana pada semalam.
KFC yesterday. McD today. His Majesty the Yang di-Pertuan Agong distributes McDonald’s meals and drinks to members of the media covering the leadership crisis outside the Istana Negara today.#houseofpahang #pahang #agongkita #ourking #istananegara pic.twitter.com/p8zizUDaSL
— House Of Pahang (@HouseOfPahang) February 25, 2020
Tetapi, siapa sangka hari ketiga mereka di sana kini bertambah baik selepas satu perkongsian di laman Twitter oleh @Abdullah_karim memuat naik gambar yang menunjukkan lori Milo kegemaran rakyat Malaysia juga berada di sana hari ini.
Pagi ni lori Milo pula menyediakan minuman percuma utk petugas media di pintu masuk ke Istana Negara. Nmpk dibelakang tu @MelGohCNA sdg bersiaran :) pic.twitter.com/sS3R3mABUv
— Abdullah (@Abdullah_Karim) February 26, 2020
Bagi anda yang masih tidak tahu, petugas-petugas media ini sudah berkumpul sejak beberapa hari lalu di hadapan Istana Negara bagi membuat liputan semasa perkembangan politik negara yang kini menjadi topik hangat selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya.
Selain McDonalds dan KFC, beberapa syarikat lain juga turut membuat kejutan seperti Tune Talk tampil bagi menemani rakan-rakan media yang bertugas bagi mendapatkan info dan maklumat terkini.
Semalam KFC. Harini tunetalk pula bagi free ice cream dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa. 😂 pic.twitter.com/i3WUV04EBv
— 🇵🇸🇵🇸🇵🇸 (@SyafaatNasir) February 25, 2020
Selepas dua hari, petugas-petugas media masih lagi berkampung di hadapan Istana Negara selepas Yang di-Pertuan Agong pada semalam memanggil kesemua ahli parlimen untuk hadir ke Istana Negara bagi mengadakan sesi temu bual secara individu.
Sesi temu bual tersebut adalah dipercayai untuk membincangkan perkara penting bagi menentukan pentadbiran negara selepas Dr Mahathir Mohamad sebelum ini meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh.
Baca dengan lebih mengenai perkembangan semasa landskap politik negara kita melalui perkongsian kami sebelum ini. Klik pautan untuk membaca.
Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim
Kemelut Politik Di Malaysia, Bagaimana Dunia Luar Melihat Kita?