Sebelum aksi antara Ireland dan Portugal di Dublin, Cristiano Ronaldo sempat mencabar penyokong Ireland untuk mengejeknya di dalam stadium, kerana itu boleh menaikkan semangatnya.

Menurut Ronaldo, dia sudah terbiasa diejek di banyak stadium dan berharap perkara yang sama berlaku di Dublin.

Dia berkata: “Stadium akan mengejek saya, saya sudah biasa dengan perkara itu, saya pasti berharap mereka melakukannya — mungkin ia akan mengurangkan tekanan kepada pemain lain.”

Ketika aksi di Dublin, Portugal ketinggalan 2-0, dan Ronaldo terlibat dalam satu insiden. Dia sempat mengejek peminat Ireland dengan isyarat ‘budak menangis’ – merujuk kepada jeritan peminat Ireland yang mahu pemain itu dibuang padang.

Selepas pengadil menyemak VAR, Ronaldo benar benar dibuang padang. Dan peminat Ireland pula yang membalas dengan isyarat sama.

Ronaldo memberikan tepukan sinis kepada peminat peminat di dalam stadium.

Portugal sebenarnya memerlukan keputusan seri untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2026.

Keputusan seri ini menangguhkan dahulu kelayakan mereka ke Piala Dunia 2026. Dan kkini mereka masih berisiko beraksi dalam aks play off.

Ronaldo kini berisiko untuk digantung sehingga 3 perlawanan. Jika dia digantung 3 perlawanan, dia bakal terlepas 2 perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Jika dia hanya digantung 2 perlawanan, dia bakal terlepas 1 perlawanan pembukaan Piala Dunia. Jika Portugal terjatuh ke pusingan Play Off, dia hanya berisiko terlepas 1 perlawanan pembukaan jika penggantungannya adalah 3 perlawanan.